Tersenarai dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan. - ceritaejoy

Tersenarai dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.

5:00 PTG

http://www.ceritaejoy.com/

Tersenarai dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan|Alhamdulilah. Diberi kesempatan sekali lagi untuk berada di dalam bloglist Pakar Seo Malaysia. Apabila berjaya menempatkan diri di dalam bloglist otai blogger malaysia ni, semangat untuk menulis itu seharusnya meningkat. Ini adalah kerana, trafik yang di jana oleh blog Hasrul Hassan adalah sangat tinggi. Oleh yang demikian, jika kita rajin update blog, potensi untuk blog kita di kenali adalah tinggi.

Hmm. Baiklah. Nak selalu update pasal apa ya? Adoi! Inilah di antara kelemahan blog tanpa niche. Tapi di sebalik kelemahan, pasti ada kebaikan. Yang sebenarnya kami bebas menulis apa saja asalkan tidak menganggu sensitivity agama ataupun melanggar undang-undang.

Jangan ada yang tak tahu ya, dunia blog kini semakin berkembang. Hanya dengan blog sahaja, banyak berita-berita samada benar ataupun sekadar rekaan boleh tersebar dengan meluas. Oleh yang demikian, para blogger haruslah memandang serius pada setiap tulisan mereka.

Baiklah. Blog ceritaejoy.com baru sahaja memperolehi domain sendiri. Aku sendiri masih di dalam usaha untuk Buat Duit Dengan Adsense. Ada sedikit perkembangan “earning” selepas daftar domain baru. Namun masih terdapat tulisan “hosted” pada akaun adsense aku. Itu yang sedikit mengusarkan aku. Ini adalah kerana, bila kita berubah domain, akaun adsense kita secara automatik nya perlu menggunakan akaun non hosted adsense.

Aku juga jarang menulis mengenai Teknik Buat Duit Online*walaupun tak tulis banyak pun pasal perkara ni*. Buat masa sekarang, aku menggunakan popads, bidvertiser & adsense. Namun, baru berjaya jana income USD dengan akaun popads.

Yang sebenarnya, tak susah mana pun *kata otai blogger* untuk Buat Duit Usd Online ni. Asalkan trafik ke blog kita tu tinggi. Jadi, peluang untuk berada di dalam Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan tidak harus disia-siakan, ini adalah peluang terbaik untuk aku mendapatkan sisa-sisa trafik dari blog hasrul hassan.

Hiahh! Kena semangat! Kena rajin cari idea. Kena rajin cari keyword untuk di masukkan ke dalam setiap post. Kata orang, jika kita rajin usaha, insyaAllah, akan dipermudahkan olehnya. Oklah sementara cari idea ni, aku nak layan dulu [OFFICIAL TRAILER] The Conjuring 2. Katanya seram gila! Betul ke? Erks!

You Might Also Like

12 comments

  1. yup kene rajin..setiap hatri ada entry..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..kena rajin cari cerita baru..walaupun kadang-kadang tu malas..hehe

      Padam
  2. tahniah..semoga terus maju dengan dunia blogging

    BalasPadam
  3. tahniah abg ejoy! nape kakcik takde kat bloglist abg ejoy? :(

    BalasPadam
  4. assalamulaikum.. hai cik ash datang dari Segmen sama.... tahniah

    https://cikash.blogspot.com/2016/05/bloglist-ramadan-1437h-oleh-hasrul.html

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email