Tak perlu nak tunjuk kat orang kalau nak buat baik. - ceritaejoy

Tak perlu nak tunjuk kat orang kalau nak buat baik.

9:17 PG

www.ceritaejoy.com

Tak perlu nak tunjuk kat orang kalau nak buat baik|Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi aku ditegur oleh seorang rakan. Semuanya gara-gara status aku mengenai pembayaran zakat. Aku sememangnya tidak bersetuju dengan pembayaran zakat melalui pusat. Aku tidak mengatakan yang ianya salah. Cumanya aku lebih selesa jika aku sendiri yang melakukannya.

Jenis Zakat Di Malaysia.


Aku bukanlah nak fokus mengenai jenis-jenis zakat di malaysia. Cuma nak beritahu secara umum sahaja. Zakat ni ada banyak. Ada zakat fitrah dengan zakat harta. Zakat harta tu pulak terbahagi kepada lapan. Ada zakat perniagaan, zakat emas dan perak dan lain-lain.

Dalam bulan Ramadhan ini, kita semua diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. Bagi yang berkemampuan lah. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau mereka dalam golongan mereka yang tidak berkemampuan, mereka tak patut keluarkan zakat, sebaliknya mereka yang akan menerima bayaran zakat tersebut.


Dalam isu aku awal pagi tadi, aku menyatakan bahawa, aku sendiri yang ingin memberikan wang zakat tersebut kepada mereka yang berkenaan. Ianya di bantah oleh seorang rakan kerana katanya, tidak berbaloi jika kita memberikan sendiri kepada mereka yang berkenaan kerana jumlah nya yang kecil.

Oleh yang demikian, adalah lebih elok jika mewakilkan pihak berwajib, di dalam pemberian zakat kepada mereka yang memerlukan kerana jumlah yang terkumpul daripada bayaran zakat fitrah adalah tinggi. Persoalan sekarang, kenapa aku tak mahu membayar kepada perwakilan tersebut?

Kerana aku menjadi pelik. Ini adalah pendapat aku. Mungkin berbeza pendapat dengan kalian semua. Aku rasa pelik. Kutipan setiap tahun tinggi, tetapi jumlah peningkatan orang susah juga meningkat setiap tahun. Bukanlah aku cakap, dengan pemberian aku itu, mampu mengurangkan orang susah di malaysia ini.

Tapi aku rasa, bila kita beri terus kepada mereka, mereka akan dapat bahagian mereka tanpa perlu banyak urusan. Ya! permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat terlalu rumit pada aku. Mereka orang susah. Jika jarak perjalanan ke tempat tersebut dekat, takpa. Kalau jauh? Perjalanan mereka juga perlu belanja. Bukan pergi waktu itu, waktu itu juga mereka akan dapat.

Dan mengenai  jumlah bantuan *mengikut perkiraan bayaran zakat* yang sedikit pulak. Aku tak cakap, jika nilai bayaran zakat itu jumlahnya kecil, bantuan yang diberi juga adalah di dalam jumlah yang kecil. Kita nak beri 1 keluarga makan *jika ianya melibatkan keluarga*. Kita nak beri orang makan *mesti cukup makanannya, mesti nak ada air*. Jadinya jumlahnya pasti tak sama.

Kalau kita nak beri bantuan beras. Sudah tentu jumlahnya lebih tinggi dari jumlah tersebut. Cumanya, segala perkara itu, kita tak hebahkan pada orang pun. Maaf aku nak cakap. Kita bukan dari mereka, yang buat apa sahaja aktiviti, kita ambil gambar dan beritahu kawan-kawan. Mungkin ada aktiviti yang memerlukan hal semacam itu, tapi dalam hal ini, kami diamkan sahaja.

Kenapa aku sebut kami dekat situ? Kerana aku punya rakan-rakan yang turut sama menghulurkan bantuan mereka. Kami rasa puas bila dapat buat semua ni. Tapi, takkan aktiviti macam ni, kami nak beritahu semua orang? Rasanya tak perlu kut?

Dan mungkin rakan aku dekat facebook itu kurang memahami akan hal ini. Aku tidaklah cakap dia salah. Mungkin dia tidak tahu. Aku pun tak ambil hati dengan dia. Dia juga pasti ada alasannya yang tersendiri. Cumanya, itulah yang aku nak kasi tau, kita ni, kalau nak buat baik, tak perlulah nak ceritakan dekat orang. Cukuplah kita, rakan-rakan dan yang maha pencipta yang tahu.

Aku minta maaf jika ada yang terasa dengan tulisan aku ni. Aku tidaklah mengatakan apa yang kalian buat itu salah. Kalian pasti ada alasan kalian yang tersendiri. Sama halnya juga dengan aku. Jadi, teruskanlah usaha murni kita semua ya! Bantulah mereka yang memerlukan. Supaya mereka juga dapat merasakan indahnya raya sama seperti kita. InsyaAllah.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email