Selamat datang Ramadan 2016! Bulan yang penuh dengan keberkatan! - ceritaejoy

Selamat datang Ramadan 2016! Bulan yang penuh dengan keberkatan!

9:11 PG

www.ceritaejoy.com

Selamat datang Ramadan 2016! Bulan yang penuh dengan keberkatan!| InshaAllah, tinggal 2 hari sahaja lagi kita bakal melangkah ke bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan. Bulan yang terdapat banyak rahsia di dalamnya. Semoga tahun ini, kita bakal berjumpa dengan Malam Lailatul Qadar 2016. InsyaAllah.

Ramadan 2016 kali ini, aku sambut bersama dengan 3 anggota keluarga aku. Alhamdulilah, dikurniakan Allah 2 orang cahaya mata yang sihat. Namun, Ramadan kali ini juga membawa kesedihan buat kami sekeluarga kerana pulangnya Arwah ibu kami ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi mu ya Allah. Al-fatihah buat arwah Zainab bte Saad.

Baiklah. Kenapa kita perlu bersyukur kerana ditemukan lagi dengan bulan Ramadan 2016 ini? Kerana terdapat Rahsia Bulan Ramadhan. Ada 1 hari di dalam bulan ini, yang mana, ianya adalah Lebih Baik Dari Seribu Bulan. Bayangkan 1 hari, kebaikannya lebih baik dari seribu bulan. Hebat bukan? Hebatnya lagi, ianya menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambanya, perlulah mencari hari yang dimaksudkan itu.

Semoga kita semua bakal bertemu Malam Lailatul Qadar 2016.

Orait! Bila masuk bulan Ramadan 2016 ini, selain orang sibuk mencari Kuih Raya Tradisional, Kuih Raya Moden atau Baju Raya 2016, orang akan cari Niat Puasa Ramadhan. Hahaha. walaupun setiap tahun kita berpuasa, tapi setiap tahun juga lah orang akan cari perkara yang sama. Ini juga sama penting dengan perkara lain ya! Yelah, kalau tak niat, macam mana nak puasa kan?

Niat Puasa Sebulan Dan Harian

www.ceritaejoy.com

Aku pasti, ada juga yang mencari bacaan Niat Puasa Dalam Rumi. Teringat sewaktu arwah ibu aku, bila masuk bulan Ramadan, dia akan keluarkan 1 buku yang di dalamnya ada tulisan niat puasa di dalam bahasa rumi. Di ajar nya kami baca setiap malam. Tapi keesokan harinya, aku makan juga. Budak-budak  kan time tu. Hehe.

Niat Puasa Dalam Rumi.

www.ceritaejoy.com

Baiklah. Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak membantu kalian. Diharapkan juga Ramadan 2016 kali ini memberi seribu makna kepada semua. Diharapkan juga kita semua bakal bertemu dengan Malam Lailatul Qadar 2016. Malam yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan. insyaAllah.

Baiklah, dalam pada kita bersemangat nak menyambut bulan Ramadan ini, apa kata kita tengok < Kisah 3 Ibu Luar Biasa Ni yang BerKongsi Kisah Diorang Struggle Menguruskan Keluarga& Kerjaya>. Sesungguhnya ibulah yang banyak menjadi tulang belakang kepada kejayaan setiap dari anak-anaknya.

You Might Also Like

6 comments

  1. Balasan
    1. cik? macam perempuan pula rasanya..hehehe

      Padam
  2. Al-fatihah..semoga arwah ibu HI sentiasa berada di kalangan org² yg beriman..
    Selamat menyambut ramadhan..lagi 2 hari..InsyaÁllah...

    BalasPadam
  3. Tq kerana masukkan saya dalam bloglist anda.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email