Selalu dipinggirkan. - ceritaejoy

Selalu dipinggirkan.

3:46 PTG

Selalu dipinggirkan| Kerap juga aku ceritakan perihal diri aku dalam blog ceritaejoy ini. Cerita mengenai diri aku yang selalu di pinggirkan rakan sekeliling. Mungkin kerana aku lebih gemar membawa diri. Bukan kerana aku tak suka campur orang, Cuma aku lebih memilih kawan. Aku kenal siapa mereka yang berada di sekeliling aku.

Apa yang korang akan buat kalau korang dipinggirkan? Dipinggirkan dalam kata yang mudah, kawan-kawan tak nak ajak kau lepak minum, nak pergi mana-mana pun tak nak ajak, apa-apa sahaja lah aktiviti yang mereka buat dan dalam kesemua aktiviti itu, adalah tanpa kehadiran diri kita. Orait, apa perasaan korang kalau berhadapan dengan situasi macam ni?

Ramai yang cakap aku tak betul. Ha, sungguh aku cakap ni. Ramai yang cakap aku tak betul sebab boleh je layan diri sendiri. Orang gelak ramai-ramai kat 1 sudut, aku duduk depan computer. Mereka anggap aku tak betul sebab tengok je computer ni. Itu yang mereka tahu, yang mereka tak tahu adalah, aku juga sedang bergelak ketawa di hadapan computer aku. hahaha.

Asalkan internet ada, memang aku boleh gelak je depan computer ni. Sungguh aku cakap ni. Macam-macam laman web ada boleh layan. Video, gambar, cerita, blog rakan-rakan, semua mampu gembirakan hati aku. Tapi kalau internet takda. Memang! Memang aku mati akal la dibuatnya. Adoi!

Kenapa aku menjauhkan diri?

Aku di ajar untuk tidak bersama dengan mereka yang mempunyai 2 sifat. Depan lain, belakang lain. Namun ada daripada kita, tidak kisah bersama dengan mereka ini. Mungkin disebabkan mereka tidak mahu bersendirian di dalam melakukan semua kerja harian.

Aku sendiri pun tak tahu kenapa diri aku macam ni. Susahnya diri aku ni, bila mana aku dapat tahu ada yang tidak betul dengan orang sekeliling aku, terus aku akan kurangkan masa bergaul dengan mereka. Aku percaya dengan ayat seorang rakan. katanya:

“Musuh yang paling ditakuti adalah mereka yang berada di sekeliling kita, mungkin setiap masa atau di mana sahaja. Oleh yang demikian, jangan pernah menceritakan segala hal pada mereka. Kerana takut 1 hari nanti, apabila mereka berubah hati, mereka akan gunakan segala ilmu yang mereka ada”.

Mungkin atas alasan itulah, aku lebih gemar membawa diri. Biarlah orang nak kata apa, janjinya aku tahu siapa diri aku dan apa yang aku buat. Kita mungkin berbeza pendapat, tetapi kita punya 1 kehidupan. Terpulanglah pada diri masing-masing ya? oh ya! Sebelum aku habis cerita ni, sajalah nak kasitau, kenapa aku suka bercerita perihal seperti ini dalam blog ceritaejoy?

Kerana ada dari mereka yang suka singgah dan baca apa yang aku tulis di dalam blog ini. hehehe. Dah alang-alang diarang selalu datang lawat blog aku, aku tulis lah cerita macam ni. hehehe. Kot la mereka baca dan terasa. Ulps! Teruk tak aku?

You Might Also Like

6 comments

  1. Naz pun pernah dipinggirkan, .. pada satu ketika rasa sakit hati, but lama lama let go jer... rupanya tak mati kena pinggir, bahkan kita FREE

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..biarlah tak ramai kawan asalkan yang ada tu berkualiti. jenis tak tikam belakang..

      Padam
  2. erkk..ingat kan tadi tulis sebab diorang tak tahu pasal blog ejoy ni..

    BalasPadam
  3. Hahaha. Ada betul nya juga apa enjoy katakan. Tapi macam aRz layan ja semua kawan mahupun lawan... Ataupun kawan dalam lawan. Dan sentiasa doakan Mudah-mudahan diberi petunjuk dan hidayah menjadi kawan yang Sejati

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email