Sejarah nuzul quran. - ceritaejoy

Sejarah nuzul quran.

11:16 PG

Sejarah nuzul quran|Berbicara mengenai perkara ini, Nuzul Quran Adalah 1 peristiwa turunnya ayat Al-quran yang pertama kepada nabi Muhammad S.A.W hinggalah berterusan menjadi lengkap seperti mana kitab al-quran yang ada pada kita sekarang ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Nuzul Al Quran Bermaksud penurunan Al-quran dari langit kepada nabi Allah yang terakhir. Nuzul membawa makna turun atau berpindah, dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. Al-quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad S.A.W. Al-quran adalah 1 panduan lengkap kehidupan yang tiada cacat celanya.

Ayat Pertama Dan Terakhir Yang Diturunkan.


Ayat al-quran yang pertama diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraannya Malaikat Jibril adalah 5 ayat pertama daripada surah Al-alaq.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Lah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-Alaq Ayat 1-5)

Peristiwa ini terjadi ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang menyendiri di gua hiraq. Manakala ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga ayat 281 surah Al-Baqarah.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan nya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan).”

Surah Al-Baqarah Ayat 278-281.

Cara Al Quran Diturunkan


Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

Menerusi mimpi yang benar.

Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati nabi Muhammad s.a.w. Di dalam hal ini, nabi s.a.w tidak melihat apa pun melainkan ia merasakan bahwa sesuatu sudah berada di dalam kalbu nya. Sebagai contoh:

Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.

Surah ASY SYURA ayat 51

Malaikat menampakkan diri.

Malaikat menampakkan dirinya yang jelas menyerupai seorang lelaki dan mengucapkan kata-kata kepada nabi Muhammad S.A.W sehingga beliau mengetahui dan hafal setiap dari kata-kata itu.

Datang seperti loceng.

Cara ini dikatakan cara yang paling berat. Ini adalah kerana, kadang-kadang terdapat peluh pada kening nabi s.a.w walaupun pada ketika wahyu diturunkan adalah musim dingin. Ada juga ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti rehat kerana merasakan terlalu berat beban yang dibawanya.

Jadi inilah beberapa sejarah ringkas mengenai Sejarah nuzul quran yang boleh aku kongsikan. Terdapat beberapa negeri yang mengambil cuti peristiwa. Negeri Yang Cuti Nuzul Quran adalah negeri Kelantan, kuala lumpur, Labuan, Pahang, perak, perlis, pulau pinang, Putrajaya, Selangor dan Terengganu.


Jadi aku ingin mengucapkan selamat bercuti pada rakan-rakan yang bercuti harini. Al-quran bukanlah menjadi simpanan dan hiasan di dalam rumah semata-mata. Bacalah kerana ia akan menjadi pelindung kepada diri kita dan keluarga kelak. insyaAllah. amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email