• Breaking News

    1 Jun 2016

    Sedangkan lidah lagi tergigit.

    http://www.ceritaejoy.com/

    Sedangkan lidah lagi tergigit|Pernah dengar Peribahasa Sedangkan Lidah Lagi Tergigit? Jika tidak pernah, ianya membawa maksud sesuatu hubungan yang rapat, contohnya suami isteri, adik beradik atau sahabat karib, walaupun akrab dan baik, pasti akan ada perselisihan faham. Tengok sahaja lah lidah dan gigi, dari kecil mereka bersama, terkadang tu tergigit juga. hehe.

    Baiklah. Siapa yang pernah tergigit lidah sendiri? Atau cuba saja-saja nak gigit lidah? Kebiasaannya lidah tergigit ini berlaku sewaktu kita tengah makan. Bayangkan tengah syok-syok makan, gigi tergigit lidah. Tak sakit kau? Sakit oi! Rasa macam nak ketuk-ketuk je meja. Tapi salah siapa? Bukan salah meja kan?

    Lidah Tergigit Pertanda Apa?


    Orang kita ni, yelah, orang kita, bila berlaku sesuatu yang jarang berlaku, mulalah kaitkan dengan sesuatu. Yelah, logiklah, takkan kerap sangat tergigit lidah sendiri kan? Takkan sebulan sekali? Seminggu sekali? Atau mungkin sehari sekali? Tak kan? Kalau sehari sekali, amboi, mau kembang lidah korang nanti. Hahaha.

    Ha, orang cakap, Lidah Tergigit Pertanda ada orang sedang bercakap sesuatu yang buruk pasal kita. Ini orang cakap dan biasa aku dengar. Bila kita cakap, adoi! Tergigit lidah pulak, orang mesti akan cakap, ni mesti ada orang yang tengah cakap sesuatu yang tak baik pasal kau ni. ha. Korang pernah dengar pasal ni tak?

    Tapi aku tak percaya pun! Hahaha. pada aku, yang kau makan gelojoh sapa suruh, kan? Macam aku, semalam, makan kambing bakar. Sedap weh! Makan dekat rumah, memang tinggal tulang jelah. Kalau makan dekat kedai, masih ada isi sikit-sikit. Hahaha. Nampak tak dekat situ?

    Ada isi kat bahagian terselit-selit tu. Beriya-iya nak makan. Nah amik kau! Tergigit lidah sendiri. Sakitnya? Berair biji mata aku. Tapi kan, bukan tak pernah makan beriya macam tu, tapi kenapa semalam tergigit lidah sendiri? Hmm..

    Waktu aku tengah menaip entry ni, lidah aku sebelah kiri masih sakit lagi. Ish! Takkan sehari kot? Betul punya kuat gigit nih! Takpe Lah. Bukan selalu pun dia bagi sakit. Anggap sahaja sakit itu penghapus dosa kecil. Itu dosa kecil, kalau dosa besar? Sendiri fahamlah kan? Hahaha.

    Tapi, sekejap! Siapa peminat kari dekat sini? Kalau yang minat kari ni, aku tak pasti lah berapa kali mereka tergigit lidah sendiri. Sebabnya, mereka ada <7 Tabiat Unik Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Orang YangSuka Kari>. Aku sendiri pun baru tahu memandangkan aku tak berapa suka kari. Fuh! Macam ni pun ada ek?

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia