Rindunya pada kad raya - ceritaejoy

Rindunya pada kad raya

6:49 PTG

www.ceritaejoy.com

Rindunya pada kad raya| Bezakan Raya Dulu Dan Sekarang? Kalau dulu, kita akan sentiasa tertunggu-tunggu posmen datang rumah. Bila dah dapat kad raya je, kita akan sibuk pulak cari kad raya sebagai balasan kepada orang yang hantar kad raya tu. Kalau dapat banyak kad raya, boleh buat hiasan dekat rumah. Tak macam sekarang, orang bagi ucapan melalui laman sosial dan mesej. Takkan kita nak jadikan handphone kita sebagai hiasan kan? Hehehe.

Memang berbeza betul raya dulu dan sekarang. Dulu, kalau ibubapa bawa anak-anak beraya ke rumah saudara. Anak-anak mesti buat-buat fokus kalau orang-orang tua berbual. Kalau sekarang ni, mungkin kalau ada yang bertanya, ada anak-anak yang tidak fokus. Sebab apa? Sebab mereka sedang sibuk update post kat laman sosial.

Itu belum kira mereka yang beraya di mall. Biasalah, hari raya ni, mesti ada banyak movie baru yang keluar. Itu semua penyebab kenapa ramai orang tidak menziarahi saudara mara. Bila berlagu bahu pun tak kenal saudara sendiri. Semuanya sebab apa? Sebab benda-benda macam ni la.

Dulu, aku memang suka tunggu kad raya. Walaupun sendu je, tapi amat bermakna kalau kad raya itu datang dari seseorang. Biasalah budak sekolah kan? Ramai sangat admire! Cenggitu! Hahaha. Tapi betul tau, kalau nak di ikutkan kami adik beradik, akulah yang paling sikit dapat kad raya. Hmm. Kalau dan buat hiasan dekat rumah pun segan. Hahaha.

Kenangan raya dulu dan sekarang pada aku tak jauh beza. Kerana aku tergolong dalam mereka yang tak suka berjalan. Waktu raya aku duk rumah je. Makan sambil tengok rancangan tv. Kalau ayah dan arwah ibu aku ajak berjalan, aku tengok rumah. Kalau rumah saudara mara “membosankan”, memang aku tak ikut la. Hehehe.

Sekarang, aku dah pun berkeluarga. Punya isteri dan 2 orang anak. Aku tak pasti lah samada anak-anak aku ni akan ikut aku ke tak. Kalaulah mereka ikut aku, nampak gayanya, wife aku jalan raya sorang-sorang jelah. Hahaha. Tapi kalau aku nak terapkan pada anak-anak aku, bagaimana kehidupan raya dulu-dulu, rasanya masih belum terlambat.

Baiklah, apa yang ingin aku terapkan pada mereka supaya raya mereka tak macam raya kanak-kanak sekarang?

  • Perkara pertama adalah, mengajar mereka agar tidak terlalu fokus pada gadget. Kalau dari awal kita ajar mereka, dah tentu nilai itu akan dapat diterapkan ke dalam hati dan perbuatan mereka. Tapi kalau mak ayah pun sibuk main handphone waktu raya, memang tak jadi apa la kan? Hehe.
  • Keduanya adalah, “duit raya” adalah hadiah dari tuan rumah. Jangan terlalu meminta-minta. Dan jangan sesekali cakap tuan rumah kedekut! Benda ni jadi depan mata aku. Aku kenal dengan 1 keluarga ni. hidup mereka tidak semewah mana. Tetapi, duit raya ni dah macam benda penting dalam perayaan kita orang melayu. Mesti nak kena bagi. Dan dia pun nak juga merasa beri. Orang susah, mampu beri syiling sahaja.
  • Bila di beri pada budak-budak ni, semuanya cakap, kedekut nya pakcik ni! Terbayang juga aku, kalau lah anak aku yang bercakap macam ni, tak tahulah apa perasaan aku ketika itu. malu? Marah? Semua ada. Oleh yang demikian, ajarlah anak-anak kita, duit raya itu adalah hadiah dari tuan rumah. Dan bukannya suatu yang “perlu”.

  • Ketiganya, inilah, kad raya. Kadang, bila kita ajar anak-anak macam ni, mereka akan cakap kita ketinggalan zaman. Dan aku lebih suka cakap pada anak-anak *kalau mereka dah pandai jawab macam tu la*. Zaman dulu lebih seronok dari zaman sekarang. Ha. Aku akan beritahu mereka setiap perkara. Dan Beza Raya Dulu Dan Sekarang. Supaya mereka benar-benar faham.

  • Keempat. Ajarkan pada anak-anak, betapa pentingnya hubungan persaudaraan. Tapi kalau kita sendiri tunjukan pada anak-anak, perilaku yang tidak baik, seperti menjauhkan diri dari saudara mara, maka tak hairanlah kenapa anak-anak pun akan ikut perkara yang sama.

Yang sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat di dalam mengajar anak-anak kita. Ianya terpulang kepada diri masing-masing. Cumanya, janganlah dibiarkan sahaja mereka tanpa ada teguran. Jika baik, pujilah mereka, dan jika sebaliknya, tegur-tegurkan la mereka. sentiasa ingat, anak-anak membawa imej keluarga mereka. Akhir kata dari aku, ada tak sesapa nak beri aku kad raya? Bolehlah aku beri alamat rumah. Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email