Realiti kehidupan masyarakat sekarang. - ceritaejoy

Realiti kehidupan masyarakat sekarang.

9:09 PG

http://www.ceritaejoy.com/

Realiti kehidupan masyarakat sekarang|Awal pagi tadi, sewaktu sarapan pagi. Sempat juga aku selak-selak facebook. Niat Nya, aku masih dalam usaha untuk memajukan page aku di facebook : Page ceritaejoy.com. Orang nak ada page, aku pun nak juga. hehe. Dalam banyak-banyak post, ada 1 post dari page makcik puaka. Dia kongsikan perihal seorang ejen insurans yang memperlekehkan 1 keluarga kerana buat pinjaman dengan along untuk bayar kos perubatan anak mereka yang berjumlah RM5000.

Aku sangat-sangat setuju dengan makcik puaka. Benar! Ejen insurans ni, dia bukan tahu susah orang pun. Mudah sahaja kau perlekehkan orang. Kau tahu ke peritnya kehidupan keluarga tu? Bagi mereka yang tidak tahu, Negara kita masih punya ramai orang susah. Maju hanya dari segi banggunan tapi tidak dari segi kehidupan.

Berapa ramai gelandangan yang ada. Belum melihat lagi mereka-mereka yang tinggal di pelosok hutan. Tak percaya adanya keluarga seperti ini di dalam Negara kita? Sila percaya sekarang. Hairan dan pelik melihat keadaan golongan semacam ini. Jika hendak mengisi perut ahli keluarga pun mereka tidak mampu, inikan nak bayar duit insurans setiap bulan?

Benar! Jumlah RM5000 itu dikatakan sedikit berbanding bayaran perubatan lain yang boleh mencecah puluhan ribu malahan ratusan ribu ringgit. Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan pada mereka yang beranggapan seperti itu, wang berjumlah RM50 sudah cukup memberi makna kepada keluarga seperti ini. Jumlahnya sudah cukup besar buat mereka!

Ejen insurans ini membandingkan makan nasi bungkus di kedai lebih mahal daripada bayar insurans. Persoalan sekarang adalah, apakah dia tahu apa yang dimakan oleh keluarga ini setiap bulan? Adakah dia tahu ada keluarga susah yang terpaksa makan siput yang dikutip di tepi jalan? Adakah dia tahu ada keluarga yang terpaksa meminjam dari orang lain semata-mata untuk makan? Adakah dia tahu, ada keluarga yang terpaksa MENCURI hanya untuk memenuhi perut keluarga mereka yang sedang lapar?

Adakah mereka tahu akan semua hal ini? Adakah mereka tahu? Yang mereka tahu, apabila keluar satu-satu berita mengenai keluarga yang tidak mampu bayar kos perubatan, mereka akan cakap, inilah kelebihan orang yang ada medical card. Itu je. Yang mereka tak tahu, kalau lah golongan keluarga seperti itu punya wang yang melebihi dari apa sepatutnya, mereka akan bayar RM1000 sebulan! Untuk setiap dari ahli keluarga mereka.

Aku tidak menyalahkan 100%  kepada Ejen insurans ini. Mungkin beliau tidak pernah merasa susahnya kehidupan. Mungkin juga beliau selalu makan luar. Oleh yang demikian, beliau tidak tahu. Aku Cuma nak beritahu, masih ada orang yang merasakan, syukurnya nikmat kehidupan jika dapat makan di gerai tepi jalan. Tak perlu restoran besar, hanya gerai. Percayalah!


Untung Nya mereka yang ada kelebihan untuk akses segala macam perkara di hujung jari. Kat sini aku nak ajak semua untuk support kempen <Perubahan positif dalam diri untuk Kesejahteraan Malaysia>. Semoga dengan sifat positif yang dihasilkan oleh semua rakyat malaysia, akan mampu mengubah kehidupan mereka yang serba kekurangan.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email