Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa - ceritaejoy

Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa

3:33 PTG

www.ceritaejoy.com

Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa|Siapa dah atau pernah tinggal puasa? Dan siapa yang tak pernah langsung ganti puasa? Aku sendiri pun tak pasti, dah berapa hari aku tak puasa *kalau kira dari dulu sampai sekarang la*. Dulu-dulu, memang tak pernah fikir pun pasal puasa ni. ikhlas cakap. Tak pernah cukup puasa aku sebulan. Bila teringat arwah mak aku, hmm ,sedih juga, katanya, puasa lah, awak dah besar. Dan katanya lagi, Bayar Fidyah Ganti Puasa yang ditinggalkan tu.

Aku bukanlah orang baik-baik. Kerana apa, kerana aku tak pernah cukup puasa sebulan. Malu kan? Tapi itu dulu, sekarang ni, ada perubahan yang aku nampak dekat diri aku. Mungkin kerana aku perlu menjadi seorang yang baik pada mata seseorang, iaitu anak aku. Kalau aku sendiri tak berpuasa, mana mungkin aku akan mengajarnya cara berpuasa.

Kenapa Perlu Bayar Fidyah.


Fidyah ini atau dalam bahasa mudahnya adalah bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun hinggalah membawa kepada tahun berikutnya.

Hukum bayar fidyah adalah WAJIB. Bila dah sebut wajib, jawapannya mestilah bayar yer. Cuma ada yang kurang faham dengan konsep bayar fidyah ini. Ada yang fikir, bila dah bayar fidyah, tak perlu ganti lagi puasa yang ditinggalkan. Yang sebenarnya, puasa yang ditinggalkan itu masih perlu diganti ya! Mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sebab dikenakan fidyah.


Ada daripada kita yang tidak mampu berpuasa di atas alasan yang tidak boleh dielakkan. Dan ada yang memang sengaja tidak mahu berpuasa. Ada pula yang tidak berpuasa kerana bekerja di dalam keadaan yang teruk. Semuanya punya alasan sendiri. Dan bila dikaitkan dengan alasan-alasan ini, perlu juga melihat kepada zaman Nabi S.A.W dan para sahabat di mana mereka mampu berpuasa di dalam apa jua keadaan.

Baiklah, di antara sebab-sebab dikenakan fidyah adalah kerana:

1) Uzur.

Mereka yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2) Perempuan hamil.

Dengan syarat, dibimbangi keselamatan ke atas bayinya boleh menyebabkan keguguran. Golongan ini boleh meninggalkan puasa tetapi dikenakan fidyah dan perlu mengantikan puasa mereka kelak.

3) Ibu yang menyusukan anak.

Dengan syarat ibunya merasa bimbang, susunya akan berkurang atau menjejaskan kesihatan bayi.

4) Orang yang meninggal dunia.

Hutang puasa mereka yang sudah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyah nya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

5) Melambatkan ganti puasa.

Mereka yang lambat ganti puasa hingga ke tahun berikutnya, perlu membayar fidyah dan juga wajib mengantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah juga akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Jumlah Fidyah Yg Harus Dibayar


Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk setempat) iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di suatu tempat. Dan beras tersebut mestilah diberikan kepada fakir dan miskin dan bukannya berbentuk wang tunai.

Aku Cuma berkongsi beberapa perkara ringkas mengenai Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa. Yang sebenarnya, banyak lagi persoalan yang berbangkit. Cumanya, kalau nak menulis dekat blog ceritaejoy ni, mahu sampai 1000 patah perkataan nanti. Hehe.

Segala rujukan dan ilmu serta persoalan yang berbangkit bolehlah di baca di blog truthhalal.my. Disitu banyak diterangkan mengenai fidyah ini dan jawapan kepada banyak persoalan yang berbangkit. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. insyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email