Pembaziran paling banyak adalah pada bulan ramadhan? - ceritaejoy

Pembaziran paling banyak adalah pada bulan ramadhan?

11:47 PG

www.ceritaejoy.com

Pembaziran paling banyak adalah pada bulan ramadhan?|Antara perkara lain yang sering menjadi bahan bualan pada bulan yang mulia ini adalah buffet Ramadhan. Aku sendiri ada menulis mengenai nya di bawah tajuk : senarai buffet ramadhan 2016 di Melaka. Berbalik semula kepada isu pembaziran yang dikatakan paling banyak adalah di dalam bulan Ramadhan. Adakah anda setuju dengan nya atau tidak?

Jika di tanya pada aku, jawapan aku adalah setuju. Melihat kepada nafsu makan mereka yang berpuasa, tersangat membuak-buak untuk makan ketika berbuka puasa. Lebih-lebih lagi jika mereka berbuka puasa dengan hidangan buffet. Hidangan yang tersedia cukup banyak, sehinggakan tanpa mereka sedar, hidangan yang mereka ambil sudah lebih dari yang sepatutnya.

Dalam bulan Ramadhan 2016 ini, aku berpeluang sekali lagi untuk bawa keluarga aku untuk berbuka puasa di hotel hatten, Melaka. Alhamdulilah, ianya adalah di atas jemputan rakan. Melihat kepada pengalaman lepas, kali ini aku lebih berhati-hati. Ambil yang cukup sahaja. Cukup sekadar merasa setiap hidangan yang ada.

Pada aku mudah sahaja. Pembaziran tidak akan berlaku jika ada 1 rasa tanggungjawab dalam diri individu itu sendiri. Ramai yang berfikiran, mereka sudahpun mengeluarkan belanja yang besar untuk berbuka puasa di hotel dan atas alasan itulah, mereka mengambil terlalu banyak makanan walaupun mereka tahu, semua makanan itu tidak akan mampu dihabiskan.

Pada aku, kalau kita dah tahu, kita jenis yang tak makan banyak, tak perlulah keluarkan belanja yang besar semata-mata nak makan dekat tempat yang exclusive. Adalah lebih baik, wang yang dikeluarkan untuk seorang makan itu, dibuat belanja makan 1 keluarga. Kan?

Namun, tidak ada salahnya jika kalian suka makan di tempat-tempat seperti itu. Mungkin kalian punya alasan kalian yang tersendiri. Namun, pada aku dan keluarga, jika ianya bukan di atas jemputan, aku lebih gemar makan bersama keluarga di rumah. Lebih selesa dan mudah. J


Apa pun, salah satu sebab kita berpuasa adalah untuk merasai bagaimana rasanya mereka yang kekurangan makanan. Janganlah pada siang kita merasa nya, tapi pada malam nya kita lupa segalanya. Sentiasalah beringat pada mereka yang serba kekurangan. Apa pun, terpulanglah pada individu ya. Aku sekadar meluahkan pandangan aku. terima kasih.

You Might Also Like

6 comments

  1. sebab tu husband ajar, amik sikit-sikit masa makan dekat buffet..boleh rasa semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..itulah yang betul..ambil sikit2..perut pun tak penuh..jadinya, boleh rasa macam-macam makanan..

      Padam
  2. setakat ni baru sekali je pergi bazaar. kalau dh ke sana mmg mcm semua pun nak beli. tp membazir je kalau tak makan habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..klau boleh simpan bawa ke sahur, ok jugak kan? hehehe

      Padam
  3. Elakkan drp membazir.. patutnya time bulan puasa nie la boleh jimat duit. Biasa la berpuasa, lepas tu pergi bazar, memang rambang mata dibuatnya tp itu semua nafsu makan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..betul tu..perut dah kosong sebab puasa..pergi bazar, banyak pula makanan yang dijual. kena pulak waktu tu ada banyak duit, memang banyaklah makanan yang di beli..ish!

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email