Nanti apa orang kata? - ceritaejoy

Nanti apa orang kata?

9:06 PG

Nanti apa orang kata?|Biasa tak dengar ayat ini? Mesti biasakan? Rasanya, hampir kebanyakkan orang pernah menggunakan ayat ini. 1 ayat yang berkuasa merubah dari sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. 1 ayat yang lebih menitikberatkan pandangan orang lain daripada kehidupan sendiri. Tidak keterlaluan juga kalau aku katakana, ini adalah Penyakit Orang Melayu.

Aku membicarakan mengenai perbelanjaan bagi apa sahaja majlis. Atau, usaha di dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, nak buat majlis makan-makan. Nak beri orang makan yang simple sahaja, pasti akan ada suara yang berkata, “nanti apa orang kata?”.

Belum cerita lagi dalam majlis perkahwinan. Yang sebetulnya, islam itu mengajar, segala perkara di dalam urusan perkahwinan itu semuanya mudah. Namun, dengan hanya ayat, “nanti apa orang kata”, segala yang mudah ini menjadi semakin sukar dari tahun ke tahun.

Disinilah wujudnya kekuatan perkataan. Hanya dengan sebaris ayat, segalanya mampu berubah. Mereka lebih sibuk memikirkan apa orang kata daripada memikirkan beban yang bakal mereka tempuhi. Aku sendiri selalu dengar ayat ni. Ianya mungkin kerana aku sukakan sesuatu yang mudah. Dalam segala hal.

Nak buat kenduri. Kita panggil orang makan. Beri mereka rasa kenyang. Owh! Nanti kena beri mereka cenderahati bawa pulang. Ok! Boleh. Bila disebut mengenai beberapa hadiah untuk di beri pada mereka yang datang. Owh! Tak boleh ni! Kena beri lebih lagi, kang apa orang kata?

Ada yang marah aku bila aku cakap, inilah penyakit orang melayu. Kenapa nak marah? Aku faham, bangsa lain juga ada yang semacam ini. Tetapi aku melayu, jadinya aku fokus pada bangsa aku. Aku tidaklah mengata semua orang semacam ini. Kerana masih wujud, golongan yang suka pada kesederhanaan dan tidak memikirkan apa orang nak kata.

Mereka mungkin takut, jika ada orang yang mengata si pemberi ini miskin, kedekut atau sebagainya. Dan atas alasan itulah, ada yang sanggup berhutang hanya untuk menolak apa orang akan kata kepada mereka atau keluarga mereka. Takpalah, hutang @bayar mahal pun takpa lah, janji orang tak mengata.

Yang sebenarnya, ramai yang macam ni. Percaya tak? Nanti apa orang kata telah banyak mengubah corak kehidupan kita. Ini adalah kerana, bualan dari mulut ke mulut tak akan pernah hilang dari muka bumi ini. Perbualan manusia-manusia ini boleh sampai ke hujung hayat. Dan atas alasan ini, mereka sanggup mengenepikan “hak” diri mereka.

Bila kita buat yang sederhana, orang akan bercakap. Bila kita tak buat, lagilah orang mengata. Jadinya, terpaksalah ikut sahaja apa yang orang cakap. Aku sungguh tak suka dengan keadaan ini. Ada jugalah berselisih pendapat dengan beberapa saudara terdekat. Dan macam biasalah, ayat mereka, nanti apa orang kata?

Persoalan aku adalah, sampai bila nak guna ayat ni? sampai bila? Kehidupan masa kini semakin mencabar! Tak macam zaman dulu-dulu. Dan ayat nanti apa orang kata itu juga merupakan 1 bebanan kepada beberapa individu. Termasuklah aku! Mungkin aku lebih gemar memikirkan diri dan keluarga aku daripada memikirkan hati orang lain.

Benar! Bercakap memang mudah, tapi nak buat tu, macam-macam halangan. Kita kalau nak ubah pemikiran seseorang, bukan mudah. Lebih-lebih lagi, mereka yang “berpengalaman” dengan ayat nanti apa orang kata ni. Sudah semestinya mereka akan aplikasikan pada kehidupan orang terdekat mereka.

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Kita ada hak untuk memilih. Jika memilih untuk hidup selesa, bersederhanalah. Jika memikirkan apa orang kata, terpulanglah kepada diri anda.

You Might Also Like

1 comments

  1. Betul sangat.. Asyik nak fikir apa yang orang kata... Bagi aku... Lantaklah hidup aku.. Aku yang tentukan... (Tapi jgn membelakangkan hukum agama) :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email