Minat nak bela ayam hutan pulak! - ceritaejoy

Minat nak bela ayam hutan pulak!

9:00 PG

www.ceritaejoy.com

Minat nak bela ayam hutan pulak!|Aku memang tak boleh kalau takda apa-apa aktiviti dekat rumah. Rasa macam tak cukup sempurna. Hahaha. anak-anak tu ada je melayan, tapi kalau di tambah dengan aktiviti peliharaan haiwan ni, lagi umph! Boleh macam tu? Sebelum aku lanjutkan cerita aku ni, aku nak beritahu, bela ayam hutan perlukan lesen dari perhilitan ya!

Ikutkan hati aku, aku nak bela ayam hutan hijau! Ahha! Kalau guna keyword Ayam Hutan Hijau Untuk Dijual, memang banyak dekat google tu. Tapi lokasi nya bukan dekat malaysia ya! Ayam hutan hijau ni banyak kat Negara jiran kita, Indonesia.

Procedure untuk bawa masuk ayam ini ke Negara kita memang sedikit melecehkan. Kalau kita sendiri nak buat, memang susah la. Kena hubungi mereka yang biasa import haiwan dari luar Negara. Tapi bila kita gunakan perkhidmatan orang, harganya kena faham-faham sendiri la ye.


www.ceritaejoy.com

Aku ada kenal dengan seorang pengimport haiwan. Dan aku beritahu dekat sini ya, harga bagi sepasang ayam hutan hijau adalah bersamaan RM3 ribu lebih! Mahal kan? Memang mahal sebab ayam hutan hijau di antara ayam hutan rare! Hehe.

Kemudian aku beralih kepada ayam hutan sri lanka ataupun Ayam hutan Ceylon. Warna ayam hutan ni, adoi! Memikat sungguh! Dan tolong jangan tanya pasal harga ya! Kerana harga ayam hutan sri lanka adalah lebih mahal daripada harga ayam hutan hijau. Harga bagi sepasang ayam ini adalah dalam RM5000! Sepasang! Adoi!

Ada orang malaysia yang memelihara ayam exotic ini ya *melalui bacaan dari blog ke blog*. Namun, mereka masih tidak berjaya membiakkan ayam ini. Rasanya, kalau dah berjaya biak, harga nya mungkin ada sedikit lebih rendah berbanding harga yang perlu kita bayar kalau beli haiwan ini dari luar Negara. Kan?


www.ceritaejoy.com

Disebabkan harga kedua-dua spesies ayam ini mahal. Aku beralih arah kepada ayam hutan merah. Ayam hutan ni banyak terdapat di Negara kita. Dan macam yang aku ada cakap tadi, ayam hutan merah memerlukan lesen pelihara daripada jabatan perhilitan malaysia ya!

Disebabkan ayam hutan merah banyak terdapat di malaysia, harga nya tidaklah terlalu mahal. Dan ada kumpulan yang kerap turun ke kawasan hutan untuk memikat ayam hutan merah. Aku tidaklah sampai nak pergi pikat ayam hutan, Cuma minat nak bela je. Hehe.

Orait. Sebelum tu, siapa pernah rasa daging ayam hutan? Kalau yang pernah rasa tu, mesti tahu beza rasa ayam hutan dengan ayam kampung kan? Aku dulu, waktu kecil, selalu juga rasa daging ayam hutan, ni dah besar-besar ni, beli ayam dekat pasar jelah. Hahaha.

Orait! Aku dah dapat beberapa ekor ayam hutan merah. Dan insya Allah, dalam minggu ni, aku nak ke pejabat perhilitan untuk dapatkan lesen memelihara. Cumanya aku masih berkira-kira. Ikutkan hati memang nak bela banyak, tapi aku duduk rumah taman. Kang apa pula kata orang kan? Ish! Rasanya kena bela seekor sahajalah. Hmm.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email