Diliwat dan dibunuh hanya kerana motosikal baru. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Diliwat dan dibunuh hanya kerana motosikal baru.

http://www.ceritaejoy.com/

Diliwat dan dibunuh hanya kerana motosikal baru|Aku dah tak faham, setinggi mana level gila manusia sekarang ni. Aku dah tak tahu, sifat kemanusian sekarang ini adakah sama layak dengan haiwan atau lebih buruk dari itu. Apakah ini yang disebut-sebut, yang mana manusia akan kembali kepada kehidupan jahiliyyah? Sebab manusia tak bertamadun je yang akan buat perkara macam ni!

Rasanya kes pembunuhan menggunakan batang cangkul tu pun belum reda lagi. Ni ada lagi kes terbaru, rogol dan bunuh! Tetapi mangsa kali ini lebih muda! Baru 9 tahun! Lebih menjelekkan lagi adalah, mangsa adalah lelaki! Ya! lelaki! Apa punya nafsu serakah manusia yang melakukan perbuatan haiwan tu?

Aku, sungguh tak mampu nak tengok gambar mangsa tu! Kau liwat dia kenapa bongok? Lepas tu kau bunuh dia! Lepas tu, kau rasa, kau boleh terlepas dengan cuba menunjukkan mangsa bunuh diri. Pakai otak sikit! Mangsa baru berumur 9 tahun! Masalah apakah yang beliau hadapi sehingga berani nak bunuh diri?

Dari apa yang aku baca,semuanya hanya disebabkan motosikal. Aku kurang jelas dengan cerita sebenar, yang pasti, kenapa ada manusia yang sanggup melakukan hal semacam itu? Apa yang memaksa mereka? Apa yang mendesak mereka hingga sanggup melakukan hal manusia yang tidak berfikiran semacam itu?

Jika mereka mahu mengambil sesuatu dari mangsa, ambil sahaja! Jangan di perlakukan sesuatu yang tidak berperikemanusian semacam itu! Liwat dan bunuh?? Kenapa perlu liwat?? Nafsu apakah yang melanda pelakunya? Mangsa baru berumur 9 tahun! Terlalu muda!

Sekarang, apakah layaknya hukuman buat pelakunya? Adakah sekadar penjara? Atau hukumannya sama seperti apa yang telah dilakukan? Aku semakin takut dengan kehidupan sekarang. Aku punya anak. Aku tahu betapa rasa kehilangan. Aku memohon agar dijauhkan dari segala hal semacam ini. Baik untuk keluarga ku dan juga orang sekeliling aku.


Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi hal ini dan semoga 2 lagi pelaku yang terlepas itu akan berjaya diberkas dan dijatuhi hukuman yang berat. Sama hukumannya dengan apa yang telah mereka lakukan.

loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com