Hidupkan lesen memandu malaysia tamat tempoh. - ceritaejoy

Hidupkan lesen memandu malaysia tamat tempoh.

5:01 PTG

www.ceritaejoy.com

Hidupkan lesen memandu malaysia tamat tempoh|Sekarang ni, tarikh lesen kenderaan tamat tempoh adalah bersamaan dengan tarikh hari lahir kita. Tujuan ianya dijadikan seperti itu mungkin kerana mudah untuk semua orang ingat bila tarikh luput lesen memandu mereka. Tetapi tidak pada aku. hahaha. Sungguh! Tarikh lahir aku sendiri pun kadang-kadang aku lupa. Wife lah yang tolong ingatkan aku. ish!

Yang sebenarnya, aku memang tak suka nak ingat apa-apa tarikh pun.  Dan terus terang juga aku nak cakap, aku memang tak sambut pun hari lahir aku seperti kebanyakan orang. Hahaha. kadang-kadang seronok juga tengok orang, ada kek, ada sambutan segala. Tapi aku tak terasa pun nak ada semua tu. Hahaha. Pelik tak? Tak pelik kan?

Orait! Aku hidupkan lesen memandu malaysia selama 2 tahun. Bayaran berjumlah RM 62 *murah ke mahal tu?*. Hidupkan lesen dekat pejabat pos. Mudah sahaja urusannya, masuk pejabat pos, kemudian tekan 1 no sahaja! Ingat! 1 no sahaja! Bukan apa, kadang perangai orang kita ni, tak pasti lah kenapa.

Dia tekan banyak no. Ataupun, dekat tangan dia ada banyak no. Mai mana no banyak-banyak tu kan? Itu yang aku pelik. Kita ni, punya lah tunggu giliran no kita di panggil. Tup-tup, depa yang mai selepas kita, terus ke kaunter, sebabnya no mereka dah di panggil. Aiks? Itu aku pelik.

Ok. Lepas tekan no, tunggulah dengan tenang dan sabar ya. kaunter ada 6 tapi bukaknya Cuma 2 kaunter, itu perkara biasa. Lagi biasa, walaupun dengan keadaan orang yang ramai, pekerja di sana buat kerja dengan tenang sekali. Tahniah aku ucapkan kepada semua pekerja! Anda hebat di dalam mengendalikan emosi semua pelanggan anda. Huh!

Selepas di panggil, beri lesen memandu malaysia anda dank ad pengenalan. Bayar RM62 *bagi tahun 2016* dan tunggu sekejap. Masa yang diambil untuk lesen memandu anda siap memang sekejap. Tak sempat balas whatapps, dah siap. Hehehe.

Taraa! Dah siap. Cantik tak? Cantik tak kad baru ni? Biasalah kad baru, memang sekejap-sekejap nak tengok, bila dah lama esok, kad pun lupa letak mana. Hahaha. orait! Aku dah berjaya hidupkan lesen memandu malaysia aku. Macam mana pula dengan korang? Cuba-cubalah check ye. Mana tahu dah lama luput. Hehehe.

You Might Also Like

5 comments

  1. jm pun pernah lupa nak perbaharui lesen memandu hampir 2 bulan expired, nasib tak kena denda...
    https://beloggers.blogspot.my/2016/06/ceritaejoy-haffizul-iskandar.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. erks..2 bulan lesen mati, kena denda ya?

      Padam
  2. tak kena denda kot. saya tak pernah kena..tak tahu le sekarang. semau berubah peraturan deme.

    BalasPadam
  3. Kalau mcm ain suka hidupkan untuk 2 tahun terus. Buat2 la lupa tarikh tamat lepas tarikh tamat baru pegi renew lepastu kena marah! hahaha. Tapi hritu Jpj tegur muka tak sama dgn lesen LOL. nak buat cane hahaha.

    BalasPadam
  4. As salam. Mudah la bila lesen memandu tamat tempoh pd hari lahir, mudah utk diingati. abam kie folows here. no 361. TQ..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email