Lebih baik menyendiri dari punya kawan-kawan. - ceritaejoy

Lebih baik menyendiri dari punya kawan-kawan.

5:34 PTG

http://www.ceritaejoy.com/

Lebih baik menyendiri dari punya kawan-kawan|Aku suka jadi diri sendiri. Tanyalah pada sesiapa pun, siapa yang suka dengan manusia yang baik di depan, tapi tikam belakang. Manusia-manusia kategori buangan ini sepatutnya dihindarkan. Aku tak pandai simpan bahasa. Aku akan luahkan apa sahaja yang ingin aku cakap. Dan atas alasan itulah, Aku. Manusia yang dibenci dan dipinggirkan.

Dari kecik aku dah perasan benda ni kat diri aku. Aku memang tak suka dengan manusia yang suka tikam belakang ni. Sekali aku tahu, mana-mana orang sekeliling aku, yang bercakap benda yang tak betul pasal aku, pasti aku akan jauhkan diri dari mereka. Untuk apa aku terus berkawan dengan manusia semacam ini kan? Biarlah kawan aku sedikit pun, atau mungkin aku takda kawan. Dari dikelilingi manusia busuk macam tu.

Banyak kali juga. Aku ambil masa berbual dengan seorang rakan ni. Wah, bukan main bercerita keburukan pasal seorang kawan kami ni. Kemudian, aku ambil masa lain, duduk berdua pula dengan rakan ni. Aku nak tengok, apakah dia juga akan bercerita pasal keburukan rakan yang awal tadi. Dari pemerhatian aku, mereka berdua, dua-dua tak boleh pakai.

Sebab apa? Sebab mereka baik bila di depan, tapi saling mengeji di belakang. Apa korang akan tetap berkawan dengan spesies semacam ini? Mungkin ya pada kalian, tapi tidak pada aku. Nak buat apa kawan-kawan macam ni? Lebih baik takda kawan. Lebih baik menyendiri. Biarlah orang nak kata apa.

Ada kawan-kawan pelik. Kenapa aku selalu bawa diri. Kadang duduk sorang-sorang. Minum sorang-sorang. Semua sorang-sorang. Jawapannya adalah kerana, aku tahu siapa mereka. Apa yang mereka lakukan bila dekat belakang. Aku dari kecil memang macam ni. Biarlah takda kawan.

Orang selalu cakap aku manusia teruk. Kerana selesa hidup sorang-sorang. Hakikat yang sebenarnya, manusia yang paling teruk adalah manusia yang suka tikam belakang ni. Manusia semacam ini, layaknya duduk di tengah hutan atau lautan. Kerana mereka bila-bila masa sahaja, boleh merosakkan diri kita.


Takpalah. Takda kawan tidak bererti tiada kehidupan. Biarlah aku hidup takda kawan, dari berkawan dengan manusia buangan. 

You Might Also Like

4 comments

  1. sangat setuju dgn ni. sy lebih suka jauhkan diri kalau dah tau kwn tu jenis mcm mana. kdg ada benda yang kita ok, tp kalau yg suka tikam belakang, pijak kwn sendiri mmg malas dh nak brkwn dgn org mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpalah..biarlah duk minum sorang-sorang..berjalan sorang-sorang..daripada duduk dengan orang yang dok tikam kita. kawan-kawan pulak tu..

      Padam
  2. same goes to me...keep moving ^^

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email