Kenapa rezeki tu rasa susah je nak masuk. - ceritaejoy

Kenapa rezeki tu rasa susah je nak masuk.

8:58 PG

www.ceritaejoy.com

Kenapa rezeki tu rasa susah je nak masuk|Pernah tak korang rasa, rezeki korang ni macam berat je. Ataupun bila dapat duit, cepat je duit tu habis. Kalau dapat sikit rasa nya ok lagi, tapi dapat nya beribu-ribu ringgit, tapi hilang macam tu je. Kenapa ya? Kenapa rezeki tu rasa susah sangat nak masuk? Kenapa ya, Kenapa Rezeki Susah Nak Dapat?


Banyak persoalan yang kadang-kadang bermain dalam minda aku ni. Tak usahlah nak cakap atau tunjuk kat orang lain. Biasanya atau ada sesetengah blogger ni, kalau mereka tulis, yang sebenarnya banyak merujuk kepada diri mereka sendiri. Jadinya, aku macam nak beritahu diri aku sendiri, aku tertanya-tanya,kenapa Rezeki Susah Nak Masuk.

Nak kata usaha, macam-macam usaha dah buat. Macam-macam cara dah praktikkan. Tapi tak juga berjaya. Tidaklah aku cakap, aku berhenti berusaha, tapi aku sekadar tertanya-tanya, kenapa. Apa masalahnya? Dekat mana salahnya? Atau mungkin ada yang tidak kena dengan apa yang aku buat selama ni?

Duit masuk *maaf cakap ya, bukan niat nak riak atau berlagak* kadang-kadang sampai 4 angka. Tapi habis nya macam air. Dah cuba buat simpanan, tapi tak bertahan lama. Terkadang tertanya-tanya juga, Rezeki aku Tak Berkat ke? Atas sebab tu, duit tu tak tahan lama bila bersama dengan aku?

Antara Sebab Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk


Aku cuba cari, apa punca kenapa susah sangat rezeki ni nak masuk. Dah dapat, cepat pula dia keluar. Itu semua Tanda2 Rezeki Tak Berkat la tu. So! Kenapa rezeki tu berat je?

  • Gemar mengungkit-ungkit pemberian
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Riak bila bersedekah
  • Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
  • Tidak/kurang beristighfar
  • Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Ini yang banyak aku jumpa, yang dikongsikan oleh ramai blogger. Hmm, item no 2,3 dan 8. Rasanya kena dengan diri aku. Benar! Aku selalu rasa duit yang aku dapat tu tak cukup. Dapat RM2000, rasa tak cukup. Dapat RM7000, pun rasa masih tidak cukup. Jadinya, aku nak dapat berapa yang aku rasakan cukup? Itu yang terjadi.

Dan kenapa aku rasa tak cukup? Kerana tanggungan aku. Banyak yang perlu aku fikirkan. Kalau hidup sendirian, tiada masalah rasanya. Oleh yang demikian, aku merasakan segala hal tidak pernah cukup pada aku. Dan mungkin atas alasan itulah, rezeki tu rasa berat je.

Kemudian sedekah! Dalam agama islam sendiri ada cakap, kalau nak kaya, kita kena selalu bersedekah. Banyak mana yang kita keluarkan, inshaAllah, banyak juga yang kita akan dapat. Asalkan kita ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk. Masalah aku sekarang, ikhlas cakaplah, sedekah pun RM1. Itupun dalam tabung masjid ataupun pada mereka yang ada dekat pasar malam tu.

Dalam kocek ada je duit lebih. Dalam akaun tak usahlah cakap *tak banyak tapi cukuplah untuk belanja*. Tapi aku tetap juga cari nilai RM1 untuk disedekahkan. Jadinya, nampak apa yang aku cakap tadi, konsep sedekah tu:

“banyak mana yang kita beri, inshaAllah, banyak juga yang kita dapat”

Tapi masalah aku dekat sini. Berharapkan sesuatu. Itulah masalah terbesar aku. kalau dah dalam kepala dok fikir, nak harapkan balasan atau rezeki dari sedekah tu, memang tak dapat apa-apa lah kan? Ikhlas aku cakap, konsep sedekah tu memang benar.

Aku pernah baca dekat 1 blog. Katanya, kalau kita nak RM100, bersedekahlah sebanyak RM10. Kalau kita mahukan RM1000, maka bersedekahlah dengan RM100. Jika kita mahukan RM10,000, maka bersedekahlah dengan jumlah RM1000.

Aku kurang pasti samada ianya secara kebetulan atau tidak. Tapi aku pernah cuba, keluarkan RM100 dan berikan pada mereka yang benar-benar memerlukan. Alhamdulilah, rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Aku dapat RM1000 tak lama lepas tu. Ini sungguh aku cakap. Tak bohong ye.

Tapi sekali lagi aku nak pesan. Kalau nak bersedekah tu, biar lah dengan hati yang ikhlas. Jangan harapkan balasan semata-mata. InsyaAllah, Allah akan bantu kita. Dan aku nak pesan pada diri aku juga, jangan hanya mengeluh rezeki tu berat lah, payah masuk lah. Tengok balik diri sendiri. Terlalu sayangkan wang. Dan akhirnya, Allah ambil semula wang tu.

You Might Also Like

6 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email