Kenapa pembayaran gaji melalui Cimb selalu lambat? - ceritaejoy

Kenapa pembayaran gaji melalui Cimb selalu lambat?

2:51 PTG

Kenapa pembayaran gaji melalui Cimb selalu lambat?|Rasanya, tahun ini adalah tahun ke 10 aku menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb. Ianya bersamaan tempoh perkhidmatan aku bekerja di sebuah syarikat di alor gajah Melaka. Selama tempoh ini, aku *dan mungkin pengguna yang lain* kerap mengalami masalah yang sama. Gaji lambat masuk!

Kenapa lambat? Rakan-rakan yang menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank sudahpun “merasai” gaji mereka. kami yang menggunakan perkhidmatan cimb kerap kali terlambat. Pernah sekali, pembayaran bonus kepada pekerja. Pada tarikh 10 june 2016. Wang masuk selepas jam 1430 *seingat aku* berbanding maybank yang masuk lebih awal.

Ia menyukarkan pekerja yang memerlukan wang bagi apa-apa urusan bayaran. Tidak perlu tanya untuk apa wang itu digunakan. Kerana kita sedia maklum, ramai daripada kalangan penduduk malaysia yang “bergantung harap” kepada bayaran gaji bulanan.

Jika pembayaran dilakukan pada awal hari, segala urusan akan berjalan lebih awal. Berbanding jika pembayaran dilakukan pada tengahari, segala urusan juga akan lambat. Mungkin pihak Cimb mempunyai alasan mereka yang tersendiri, namun, bagi kami, kenapa maybank boleh bayar awal?

Rasanya bukan sekali dua kami berhadapan dengan masalah semacam ini. benar! Ianya mungkin tidak menjadi masalah pada ramai orang, tapi ada juga yang terkesan dengan kelambatan wang gaji masuk melalui cimb ini. ada yang terkesan. Tidak menjadi masalah jika bank lain juga lambat, tetapi kenapa pembayaran gaji melalui maybank awal?

Ada yang bertanya, kenapa tak tukar sahaja bank lain? Memang aku ada terfikir untuk tukar, tetapi urusan pembayaran rumah aku adalah melalui cimb. Ini bermakna aku buat loan rumah dengan cimb *1 perkara yang paling aku menyesal* mungkin disebabkan kelemahan aku di dalam menilai semula tawaran dan keghairahan aku untuk memiliki sebuah rumah.

Melihat kepada jam sekarang, lebih kurang 1115, aku menjangkakan wang gaji mungkin akan masuk dalam sekejap lagi atau selepas rehat tengahari! Lebih kurang jam 1430. Sama seperti bayaran bonus pada tarikh 10 june 2016. Membebankan bukan?

Mungkin sudah tiba masanya aku bertukar kepada bank lain? Atau mungkin aku perlu terus terusan menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb? Banyak perkiraan sebenarnya jika aku mahu menukar pembayaran gaji melalui bank lain ni, banyak kerja kena buat. Disebabkan terlalu banyak kerjalah, jadinya aku masih kekal bersama Cimb.

Namun, jika ianya masih kekal di dalam cara selalu lewat di dalam pembayaran gaji, aku perlu tukar bank lain! Takpa Lah, banyak kerja pun takpa, janji gaji masuk awal. Dan segala macam urusan boleh dilakukan awal hari dan bukannya pada sebelah petang. Itu yang lebih penting.

Orang kata, kalau kita selalu bercakap mengenai kelemahan sesuatu perkara tu, tapi masih kekal melakukannya, ternyata kita berada di dalam kesilapan. Namun, jika kita cepat tersedar dan terus membetulkan keadaan itu, kita sebenarnya telah berjaya melakukan suatu perubahan besar di dalam kehidupan kita. hmm, Cimb atau Maybank?

You Might Also Like

1 comments

  1. ENTAHLAH SBB MG TAK PERNAH TERIMA GAJI DARI COMPANY THRU CIMB ..HEHE

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email