Kemalangan pada musim perayaan meningkat saban tahun? - ceritaejoy

Kemalangan pada musim perayaan meningkat saban tahun?

11:03 PG

Kemalangan pada musim perayaan meningkat saban tahun?|Bila sampai satu-satu musim perayaan, perkara yang paling menyeronokkan adalah cuti panjang. Di kesempatan inilah, ramai anak perantauan akan pulang kampung. Dan ini sekaligus mendatangkan kesesakan super teruk di lebuh raya. Berita Kemalangan Di LebuhRaya adalah di antara 1 berita “wajib” bila menjelang cuti perayaan yang panjang.

Namun, belum pun sampai musim cuti, kita sudah pun terhidang dengan beberapa berita Kemalangan Di LebuhRaya ini. Bila tengok balik, memang sedih. Yelah, dalam bulan Ramadhan 2016 yang mulia ini, ramai yang telah di jemput ilahi di dalam keadaan sedemikian. Ajal maut di tangan tuhan. Kita semua akan melalui nya, Cuma yang membezakan diantara kita adalah cara kita bertemu dengan yang maha esa.

InsyaAllah. Tahun ini aku akan pulang beraya di utara tanah air. Rasanya dah 6 bulan tak pulang ke kampung selepas pulang pada disember lepas atas urusan kematian ibu ku yang tercinta. Besar harapan nya, jika kalian dapat sedekahkan pahala Al-fatihah dan doa kepada arwah Zainab bte Saad. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi oleh Allah. Amin.

Baiklah. Kita berbalik semula pada kisah Kemalangan Di LebuhRaya, yang dikatakan meningkat saban tahun. Jumlah produksi kenderaan sememangnya semakin meningkat setiap tahun. Ini membuatkan jumlah pertambahan kenderaan di atas jalan raya. Bila kenderaan terlalu banyak dan di tambah lagi dengan cara pemanduan yang salah, kemalangan pasti terjadi!

Lagi 1, bila terlalu lama memandu, badan pasti terasa letih. Tertidur sekejap ketika memandu adalah perkara biasa! Sebabnya biasa terjadi pada aku. Jarak perjalanan yang jauh ditambah lagi jumlah kenderaan yang terlalu banyak, memang meletihkan! Belum kira pemandu yang tergesa-gesa lagi.

Bila semua ini di campur, kesabaran manusia pasti tergugat. Bila tiada kesabaran, kemalangan itu pasti terjadi. Ada yang menasihatkan, jika letih, boleh berhenti rehat di kawasan Rnr. Tetapi, pada musim perayaan ni, RnR semuanya penuh. Sebab itulah, kita boleh lihat ramai yang berhenti rehat di sisir lebuhraya.

Memanglah, tiada siapa pun yang ingin terlibat di dalam Kemalangan Di LebuhRaya. Semua pun ingin selamat pergi dan balik. Tetapi kalau dah ditetapkan, kita memandu cermat macam mana pun, kalau ada pemandu lain yang tidak berhati-hati, kemalangan pasti terjadi. Semua pun perlu memainkan peranan penting di dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga.


Jika semua ada tanggungjawab dan kesedaran di dalam menjaga pemanduan yang baik, sudah pasti Kemalangan Di LebuhRaya dapat dikurangkan. Tidak mustahil juga untuk aku cakap, tidak akan ada lagi kemalangan jika semua berdisiplin ketika di lebuh raya. Semoga percutian kalian semua menjadi percutian yang menyeronokkan dan dijauhkan dari segala perkara yang tidak di ingini. Amin.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email