Hilang ingatan sementara. - ceritaejoy

Hilang ingatan sementara.

10:41 PG

Hilang ingatan sementara|Pagi tadi, sempat aku berbual dengan seorang rakan lama. Lama betul tak jumpa, jadinya banyak juga yang kami bualkan. Yang lebih banyak bercakap dah tentu lah aku kan. Hehe. Kemudian naik ke pejabat, bukaklah google untuk check email. Dan aku tak tahu kenapa, secara tiba-tiba aku mengalami Penyakit Lupa Ingatan Jangka Pendek! Sebabnya aku tak tahu nak bukak dekat mana! Arghh! Kenapa ni?

Biasakan, kita log ini google, kemudian klik icon yang ada gambar kita pada bahagian atas kanan. Kemudian klik pada bahagian account overview. Dan dalam bahagian tu kan ada banyak item termasuklah email dan blogger. Biasa aku buat hari-hari benda tu, tapi kenapa hari ni aku tak jumpa semua tu? Aku jadi stress pagi-pagi macam ni. boleh pulak lupa dekat mana nak bukak. Arghhh!

Yang sebenarnya, kerap juga jadi macam ni. Tiba-tiba je lupa. Aku panggil benda ni sebagai Hilang Ingatan Sementara! Sebabnya ianya bersifat sementara. Dan antara lainnya, Allah nak beritahu, yang ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Itu yang dia bagi kita lupa tu. Tapi pelik lah! Kenapa aku tak jumpa bahagian tu ek? Puas aku godek semua, tapi tak jumpa jugak.

Bila jadi macam ni, aku dah mula jadi takut. Sebabnya aku ada cari pasal penyakit lupa ni. Tahu apa yang aku jumpa, ni ha! Penyakit Lupa Ingatan Pada Usia Muda! Arghh! Betul ke? Aku ingat penyakit ni berlaku dekat orang yang berusia je, rupanya berlaku dekat orang muda jugak? Aku masih muda ok! Sebab ada yang cakap aku dah tua! Lelaki 30an tu, orang cakap, baru nak bermula hidup dia. ha, faham tak?


Alzheimer's Symptoms.


Ini adalah perkara yang paling menakutkan! Yelah, aku tiba-tiba je lupa macamana nak bukak blog! Benda yang aku dah buat 2 tahun lamanya! Kenapa harini boleh lupa?? Bila dah jadi macam ni, aku terus cepat-cepat check apakah tanda-tanda awal Penyakit Lupa Ingatan Pada Usia Muda ni! Haruslah segera check kan, mana tahu ada symptom-symptom yang berkait.

Baiklah, ini info ringkas yang aku jumpa, katanya, ianya adalah petanda awal kepada penyakit Alzheimer's.

  • biasanya, diantara tanda-tanda awal adalah lupa pada nama-nama orang, tempat, janji dan aktiviti-aktiviti terdekat.
  • Perubahan emosi! Seperti sedih dan marah, takut dan tekanan! Ini adalah disebabkan peningkatan memori yang hilang. Ha?
  • Lebih banyak menyendiri kerana hilang kepercayaan atau mengalami masalah komunikasi!
  • Mengalami kesulitan di dalam melakukan kegiatan seharian. Contohnya lemah di dalam pengurusan perbelanjaan ataupun kerap lupa lokasi barang yang diletak.


Ini adalah diantara beberapa Alzheimer's Symptoms. Dan diterangkan juga bahawa, mereka yang tiba-tiba sahaja lupa akan sesuatu yang menjadi rutin harian, merupakan tanda-tanda kepada Penyakit Lupa Ingatan. Dan diantara 4 perkara di atas, ada darinya berkait dengan diri aku! erks! Ini betul-betul menakutkan!

Aku memang sejak 2 menjak ni, suka menyendiri. Sebabnya aku dah semakin kurang percaya pada rakan-rakan sekeliling. Ala, apa korang akan buat, kalau korang dapat tahu, orang sekeliling korang ni semuanya jenis tikam belakang. Mungkin korang akan teruskan persahabatan “akrab” itu, tapi aku tidak! Aku lebih suka menjauhkan diri daripada kelompok manusia macam ni.

Tapi aku tak tahu pulak, ianya di antara tanda Penyakit Lupa Ingatan Jangka Pendek ni. kenapa aku ulang kali cakap jangka pendek dan sementara, sebabnya aku masih ingat banyak perkara! Kiranya aku bukan nak nyanyuk lagi ye! Aku masih tahu update blog, cuma nya aku lupa dekat mana nak update blog.

Huhu! Ini sesungguhnya sangat menakutkan! Aku muda lagi! Hilang Ingatan Sementara hanya lah bersifat sementara. Mungkin ada perbaharuan pada bahagian tersebut yang aku baru perasan. Ataupun memang dah hilang bahagian tu? Ataupun memang aku dah mula lupa pada semua benda? Arghh! insyaAllah, ianya hanyalah sementara.

Ada rakan-rakan yang sudi membantu?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email