Fasa perubahan tubuh sewaktu berpuasa. - Ceritaejoy

Header Ads

Fasa perubahan tubuh sewaktu berpuasa.

www.ceritaejoy.com

Fasa perubahan tubuh sewaktu berpuasa|Mungkin ramai yang tidak sedar, puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Banyak sebenarnya Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan. Salah satunya adalah badan kembali sihat dengan pengurangan atau pengeluaran toksin di dalam badan. Ianya terjadi tanpa kita sedar. Puasa juga dapat merehatkan perut kita setelah 11 bulan bekerja siang dan malam untuk memproses makanan.


Melalui perkongsian di laman media mengenai Fasa perubahan tubuh sewaktu berpuasa, kita dapat memahami dengan mudah, di antara Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan. Aku kongsikan di blog ceritaejoy.com untuk manfaat semua.

Rumusan fisiologi puasa.


Fasa 1 (hari pertama-kedua)

Gula di dalam badan mulai menurun dan jantung berdegup perlahan. Glikogen di tarik keluar dari otot dan menjadikan otot-otot badan lemah. Ianya memberi tindak balas kepada badan dan mengakibatkan pening-pening, rasa ingin muntah, lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 (hari 3-7)

Lemak pada di dalam tubuh manusia mulai pecah bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlaku juga tindakan kimia dari glyceride ke glycerol dan ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlaku nya proses detoksifikasi. Ianya akan menyebabkan badan dan kulit manusia rasa berminyak.

Selain itu organ detox seperti paru-paru akan rasa kurang selesa. Pada fasa ini, aktiviti sel darah putih meningkat dan sekaligus meningkatkan sistem antibody manusia.

Fasa 3 (hari 8-15)

Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak dikeluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga terubati. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran manusia menjadi lebih jelas.

Fasa 4 ( hari 16-30)

Badan mula selesa dengan puasa. Proses pemulihan masih berlaku dan hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Alhamdulilah. Dalam sedar tak sedar banyak kebaikan yang kita akan dapat bila kita berpuasa. Ada sebabnya kenapa Allah menyuruh kita berpuasa selama sebulan. Antara hikmah lain, jika dilihat dari sudut yang lain, Allah ingin kita rasakan sendiri, bagaimana saudara-saudara kita yang terpaksa mengikat perut adalah mungkin disebabkan kemiskinan yang teruk ataupun berada di dalam suasana yang tidak harmoni.

Oleh yang demikian, panjatkan lah rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Syukur juga kepada Allah kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan umur untuk kita berada di dalam bulan penuh berkah ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah. amin.

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com