Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu - ceritaejoy

Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu

3:05 PTG

Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu|Semalam ada 1 majlis berbuka puasa bersama Ustaz Azhar Idrus. Yang sebenarnya banyak juga koleksi Azhar Idrus Youtube yang boleh kita tonton. Jenaka yang disampaikan melalui dakwah beliau ternyata berjaya menarik ramai anak muda untuk mendengarnya. Tahniah! Namun, ada sesuatu yang benar-benar menarik perhatian aku semalam. Semuanya bermula apabila masuk waktu solat maghrib.

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut dalam blog ceritaejoy ini, secara jujurnya, aku seorang yang jahil tentang agama. Namun, adalah lebih baik kita belajar daripada diam dan terus-terusan menjadi jahil. Kan? Cerita dia macam ni, meja makan ustaz azhar idrus ni letaknya selang beberapa meja dari aku. rasanya ada dalam 2 meja kut. Jadinya, boleh lah nampak beliau dari tempat duduk aku tu.

Nak dapat peluang makan semeja dengan ustaz azhar idrus, kena lah tunggu aku naik pangkat jadi VP. Mungkin 50 tahun perkhidmatan lagi * kalau masih kerja di kilang alor gajah inilah* hahahaha. Baiklah. Makan macam biasa, tetapi lepas makan sahaja, beliau terus lekas-lekas bangun dan mengajak semua orang untuk solat maghrib.

Dalam hati aku, aiks? Terus nak solat ke? Bukan dah makan ke? Bukan ke dah batal wudhuk tu? Rasa aku mungkin dia akan ambil semula wudhuk, tapi ternyata tidak! Ustaz azhar idrus terus ke kawasan solat dan mendirikan solat maghrib. Ini betul-betul buat aku confius. Tak batal yer wudhuk yang kita ambil walaupun telah makan?

Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu.


Aku masih ingat lagi sewaktu kecil, kalau dalam keadaan wudhuk, kalau ada makanan yang masuk ke dalam rongga mulut, memang terbatallah wudhuk yang ada. Dan sehinggalah semalam, setelah berpuluh tahun berlalu, aku masih ingat, kalau makan je, terus terbatal wudhuk yang kita ada.

Harini, aku mencari-cari apakah sebenarnya perkara-perkara yang membatalkan wudhu seseorang. Ilmu ini aku ambil dari laman web jabatan kemajuan islam malaysia. Ini adalah kerana, aku terasa juga, bila mana ustaz azhar idrus ada berpesan di dalam ceramah beliau semalam, katanya, jangan sesekali belajar dengan uztaz google. Hehe.

Baiklah! Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk:

1) Apabila terkeluar sesuatu dari 2 jalan sama ada melalui qubul atau dubur.

Yang aku faham akan hal ini adalah, samada terkencing atau terkeluarkan najis. Betul tak?

2) Tidur yang tidak tetap punggungnya.

Mengenai hal ini, ada juga diterangkan, jika tidur secara mengiring maka wudhuknya tidak batal. Hmm, macam biasa tengok orang tidur mengiring dekat masjid.

3) Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

Ok. Ini memang jelas. Sedangkan arak itu menjadi haram kepada umat islam. Dan hilang akal kerana sakit itu pun sangat jelas. Tetapi, adakah manusia zaman sekarang ni, yang dilihat semakin hilang akal, juga di kira terbatal wudhuknya?

4) Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.

Penerangan ini juga tersangat jelas. Namun, jika ditanya samada batal atau tidak wudhuk jika tersentuh tangan ibu/bapa mertua atau adik ipar, mungkin boleh diterangkan secara jelas lagi.

5) Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas.

Ada juga diterangkan, jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal wudhuk seseorang itu.

Di dalam penerangan di atas, tiada yang menyatakan bahawa apabila seseorang makan atau minum boleh membatalkan wudhuk. Jadinya, boleh la ye kalau kita makan atau minum? Dan selepas itu terus solat? Jadinya selama ni, apa yang aku praktiknya adalah salah?

Aku ada juga mencari Perkara Yang Membatalkan Wudhu Makan. Dan di dalam penerangan, apabila seseorang itu makan daging unta, maka wudhuknya secara automatic terbatal. Namun, tidak pula dijelaskan kenapa daging unta sahaja. Kenapa mesti daging unta dan bukannya daging haiwan lain.

Namun, secara jelasnya, daripada bacaan aku, makan dan minum bukanlah termasuk di dalam Perkara Yang Membatalkan Wudhu. Namun, jika wujud rasa was-was di dalam diri kita mengenai wudhuk yang ada, rasanya tidak salah jika kita kembali mengambil wudhuk. Selain menyegarkan kembali tubuh, banyak juga kebaikan yang kita boleh perolehi dengan air wudhu ini.

Mengenai penjelasan Perkara Yang Membatalkan Wudhu Suami Isteri, mungkin akan diterangkan secara lebih jelas lagi di dalam entry yang akan datang. Segala ilmu yang kalian ingin kongsikan, bolehlah dinyatakan pada komen di bahagian bawah ya! terima kasih sekali lagi.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email