Cashout kedua 8Share. - ceritaejoy

Cashout kedua 8Share.

9:09 PG

www.ceritaejoy.com

Cashout kedua 8Share|Alhamdulillah, ini adalah kali kedua aku cashout duit dari 8Share. Walaupun tak banyak, cukuplah kalau nak beli barang sikit-sikit. Aku memang tak suka simpan banyak-banyak, asal cukup untuk cashout, aku mesti akan keluarkan. Alhamdulilah, rezeki dari blog. Dan yang penting nya, Teknik Buat Duit Online itu menjadi. Hehe.

Rasanya baru sahaja terima cek dari nuffnang. Dan masih tersimpan rapi dalam laci meja aku ni. Kedua-duanya juga guna Teknik Buat Duit Online yang sama. Alhamdulilah. Walaupun sedikit, tetapi menunjukkan peningkatan yang sedikit mendadak. insyaAllah, selepas cashout 8Share kali kedua ni, aku nak cuba capai jumlah yang lebih besar. insyaAllah, semoga ada rezeki di situ.

Alhamdulilah juga, usaha untuk mendapatkan full account adsense berjaya. Terima kasih tak terhingga juga kepada rakan-rakan yang membantu. Jasa kalian, jika ada umur, bolehlah aku belanja makan *itupun kalau jumlah berbaki dalam akaun adsense dah berjaya capai USD100 ya* tapi tak janji la. Hehehe.

www.ceritaejoy.com


Teknik Buat Duit Usd Online juga semakin menunjukkan hasil. Bila tengok jumlah wang USD dalam akaun Popads, aku semakin riang. Siapa yang tak suka kan? Duit USD tu. Walaupun jumlahnya tidak besar, tetapi ia adalah 1 permulaan kepada apa pun perkara yang melibatkan proses jana income dengan blog.

Selepas berjaya mendapatkan full account adsense, langkah seterusnya di dalam usaha untuk Buat Duit Dengan Adsense adalah, mencari sifu adsense! Bekerja seorang diri bukan mudah! Perlu ada guru. Yang sebenarnya, ramai yang dah berjaya buat duit dengan adsense. Cuma mereka lebih suka mendiamkan diri. Dengarnya, pendapatan dengan adsense mencecah 5 angka. Betul ke? Ish!

Banyak lagi sebenarnya yang aku ingin capai dalam dunia blog ni. Target paling besar dah tentu lah nak jadi blogger sepenuh masa! Impian semua blogger kan? Siapa yang tak nak jana income dengan blog! Bekerja sendiri. Hanya dengan blog! Best tu!

Oklah. Aku dah pun cashout 8Share. Dan selepas ini, ianya akan menjadi permulaan kepada usaha aku untuk berjaya Buat Duit Online samada melalui 8Share ataupun mana-mana laman web Buat Duit Usd Online yang lain. insyaAllah! Korang doakan aku ya!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email