Buffet Ramadhan 2016 ni paling best sebab sediakan 400 menu! - ceritaejoy

Buffet Ramadhan 2016 ni paling best sebab sediakan 400 menu!

1:22 PTG

www.ceritaejoy.com

Buffet Ramadhan 2016 ni paling best sebab sediakan 400 menu!|Bila masuk bulan puasa ni, selain daripada orang dok bercerita pasal pengalaman mereka atau anak-anak mereka berpuasa, ataupun perihal mereka sudah berjaya habiskan Solat Tarawih 20 Rakaat! Ramai yang bercerita mengenai tawaran-tawaran Buffet Ramadhan 2016. Aku juga ada kongsikan beberapa tawaran Buffet Ramadhan 2016 Melaka.

Tetapi! Ahha! ni, baru sekejap tadi aku jumpa, buffet Ramadhan yang menyediakan 400 menu untuk korang rasa! Wow! Banyaknya! Aku ni memang tak sesuai la. Kenapa? Sebabnya, makan sepinggan nasi dah kenyang. Lainlah rakan-rakan aku yang perut stoking tu, makan banyak mana pun tak kenyang-kenyang. Hahaha.

Tetapi kan, sebelum aku bercerita lebih pasal Buffet Ramadhan Paling Best ni. Nak jugak lah beritahu, kadang tu, kita berbuka puasa di hotel, bukanlah bermakna kita ni orang kaya *yang kaya tu kaya lah kan*. Berbuka puasa di hotel mungkin atas tiket jemputan review menu yang disediakan pihak hotel ataupun Jemputan Berbuka Puasa oleh syarikat. Rezeki kan?

Orait! Berbalik semula kepada cerita Buffet Ramadhan 2016 ni paling best sebab sediakan 400 menu. Korang boleh bayangkan tak? Ada 400 menu yang boleh korang cuba. 1 pingan besar tu, boleh masuk berapa menu je kan, ini ada 400 menu kau! Wahahaha! Kenyang sungguh!

Selain daripada tarikan menu yang pada aku macam nak suruh tidur situ je, mereka juga menyediakan 25 jenis sambal! Adoi! Confirm Lah dalam koleksi sambal tu, akan ada sambal belacan mudah dan sedap kan? Mustahil takda! Hahahaha.

Mungkin ini juga salah satu strategi di dalam menarik orang untuk menikmati Buffet Ramadhan 2016 mereka. Yelah, jika ada banyak pilihan, orang akan lebih seronok dan merasakan wang yang mereka keluarkan berbaloi. Ada yang mengenakan bayaran yang mahal tetapi menu yang disediakan sedikit dan cepat habis. Itu yang tak best tu. Kan?

Bila terbaca buffet Ramadhan yang menyediakan 400 menu ni, aku terus teringat cerita jalan-jalan cari makan tu. Pengacara tu order makanan bukan main banyak lagi, terfikir juga aku, yeker dia makan banyak macam tu kan? Tapi bila aku tengok dia cuit-cuit sikit je, dah boleh bayangkan lah, mesti ada ramai orang dekat sekeliling dia tu. Tak kan lah makan banyak macam tu kan? Mesti kongsi-kongsi! Hahaha.


Haip! Ok Lah, asyik membebel je pasal Buffet Ramadhan 2016 ni paling best sebab sediakan 400 menu. Tapi tak cerita pun dekat mana. Kalau korang nak merasa, korang boleh lah lihat lokasinya di <Buffet Ramadhan ini menyediakan 400 menu istimewa!>. Boleh ajak orang tersayang dan keluarga makan sekali. Ramai-ramai baru syok!

You Might Also Like

3 comments

  1. memang banyak makanannya..sampai tak tau nak pilih mana

    BalasPadam
  2. tudia 400 menu..jenuhlahh bertawaf makan situ ekekeke

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email