Blog hasrul hassan dah kena blocked! - ceritaejoy

Blog hasrul hassan dah kena blocked!

8:55 PG



Blog hasrul hassan dah kena blocked!Hasrul hassan bukanlah nama kecil dalam dunia blog malaysia. Beliau boleh dikatakan sifu SEO di kalangan ramai blogger. Blog ceritaejoy sendiri banyak mengambil ilmu dari blog hasrul hassan. Boleh dikatakan banyak ilmu berkaitan Seo, Teknik Buat Duit Online, Buat Duit Dengan Adsense dan macam-macam lagi.

Aku boleh dikatakan kerap juga ke blog hasrul hassan. Tetapi hari ini berlaku sesuatu yang mengejutkan aku! Blog hasrul hassan dah kena blocked! Mulanya aku ingat mungkin ada masalah teknikal, samada pada computer aku mahu pun blog hasrul hassan. Tapi tak mungkin lah blog sifu yang bermasalah kan?

Malware Threats.


Perisian perosak (malware threats) merujuk kepada perisian yang direka bagi merosakkan sistem computer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Dah nama pun virus kan? Tak perlulah dia minta izin untuk merosakkan computer kita. Istilah ini biasanya digunakan oleh golongan professional computer kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada computer.

Ada 4 jenis Malware Threats iaitu:

  1. Virus
  2. Worm
  3. Trojan Horse
  4. Spyware, Adware, Scareware dan banyak lagi variant lainnya


Bagaimana Malware Threats masuk ke dalam computer?

Ini yang kita perlu tahu. Ada 4 cara virus ini masuk ke dalam computer kita, dan cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. masuk melalui jaringan komputer (network).
  2. masuk melalui pertukaran data (data exchange).
  3. masuk melalui pertukaran penyimpan data (storage exchange).
  4. masuk melalui lampiran (attachment) email.


Itu adalah serba sedikit mengenai Malware Threats. Jika mahu tahu secara detail, kalian boleh cari di google dengan keyword di atas ya? Mudah sahaja, sebab dah ramai yang kongsikan perihal virus ini samada di blog ataupun di laman web.

Baiklah, itu serba sedikit mengenai virus tersebut, Persoalan sekarang, kenapa dan mengapa blog sifu Seo malaysia boleh kena Malware Threats? Kalau blogger kecil macam aku ni, lainlah kan? Memang tak tahu apa tu semua virus cecacing segala. Atau mungkin pihak syarikat dah kenal pasti blog hasrul hassan? Lalu di blocked nya blog sifu?

Bila ada masalah macam ni, maka kurang lah 1 sumber ilmu buat aku. Dan tiadalah ruang untuk aku buat rujukan lagi. Sedihnya! Ilmu tu semua pada aku sangat mahal. Istimewanya ianya adalah percuma dekat blog hasrul hassan. Kita je perlu rajin untuk mencari.

Apa yang paling merisaukan hampir kebanyakkan blogger *termasuklah aku* adalah benda-benda macam ni lah atau lebih tepatnya virus computer. Kadang kita rasa blog kita ok je, tapi orang lain tak boleh masuk. Semuanya disebabkan dah kena blocked.

Aku pernah terbaca 1 blog ni, juga mengalami nasib yang sama. Malware Threats. Aku kurang pasti bagaimana tuan empunya blog menyelesaikan masalah tersebut. Pasti ada beberapa tutorial yang dikongsikan para blogger. Mungkin ada yang memerlukannya.

Aku berharap sangat, yang blog ceritaejoy tak kena virus macam ni. Setakat ini, alhamdulillah, computer yang ada sekarang, guna antivirus yang hebat. Kalau pakai yang biasa-biasa, mungkin boleh kena kut. Tapi kan, zaman sekarang ni, orang yang buat virus pun sama hebat juga. Kang kita rasa kita punya anti virus dah cukup hebat, tapi kena juga, apa macam?

Terkadang, terfikir juga, kalau lah blog ceritaejoy kena macam ni, dan pembaca dah tak boleh masuk blog aku, mesti terasa hati sangat-sangat. Hmm.

You Might Also Like

13 comments

  1. Balasan
    1. saya pun perasan bila nak masuk blog sifu hh..terperanjat juga..adoi..

      Padam
  2. Uishhh ... ye ke? Hmm .. saya buka ok la pulak.
    Saya dapat tahu post ni sbb Google Alert yang bagitahu saya ada orang cerita pasal blog saya .. huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah sifu..baru nak bukak, nak cari ilmu adsense..dia kuar macam gitu..adoi..

      Padam
  3. Ya Allah...tergamam PC..setakat ini alhamdulillah PC masih boleh akses ke blog Bro HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ke computer saya je keluar macam gitu? ishh..

      Padam
  4. KALAU VIRUS BOLEH LAGI TU
    KALAU KNE SEKAT DGN SKMM MCM BLOG MG DLU JENUH
    PGEVIEW DR BERIBAN TINGGAL PULUH JE :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak..skmm eh? hehehehe..berat tu..

      Padam
  5. Balasan
    1. tapi computer saya keluar macam yang dekat atas tu..

      Padam
  6. Risau plak bila petik bab bab virus ni.

    BalasPadam
  7. Prnah kena. So caranya ms tu ialah remove bloglist. Suffer jgk la cr solution..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email