Bersediakah aku untuk berpisah dengan anak? - ceritaejoy

Bersediakah aku untuk berpisah dengan anak?

9:32 PG

http://www.ceritaejoy.com/

Bersediakah aku untuk berpisah dengan anak?|Semalam, wife aku ada menyatakan hasrat untuk menghantar anak sulung kami ke sekolah agama atau lebih tepatnya sekolah tahfiz. Anak sulung kami kini berusia 3 tahun. Banyak juga lah point-point yang wife aku berikan pada aku. Dan juga rancangan perjalanan anak kami sehingga mereka mencecah usia 21 tahun.

Inilah aku. Bila wife ingin menyatakan apa-apa, aku suka tanya apakah rancangan beliau. Dan apakah lanjutan daripada rancangan tersebut. Apakah kebaikan yang diperolehi. Samada secara individu ataupun menyeluruh. Terkadang tu, malas juga wife aku nak cakap apa-apa dengan aku, sebab nya nanti banyak yang perlu di jawabnya. Hahaha.

Baiklah, berbalik semula kepada kisah Bersediakah aku untuk berpisah dengan anak tu. Dari apa yang wife aku ceritakan, beliau merancang untuk menghantar anak kami bermula dengan kelas tadika. Kemudiannya ke sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah rendah, anak kami perlu menetap di asrama.

Bila sebut pasal asrama, dah terang-terang kami perlu melepaskan anak kami. Kami perlu menyerahkan jagaan tersebut kepada pihak asrama. Jika sebelum ini, aku boleh melihat anak aku bermain dan membesar sepenuhnya di depan mata aku, tapi bila mana dia dah masuk asrama, masa untuk aku kerap melihat nya menjadi kurang.

Bila masuk asrama ni, masa untuk keluarga melihat anak mereka Cuma hujung minggu. Itu pun kalau anak-anak takda aktiviti. Kalau mereka ada aktiviti, hujung bulan lah dapat jumpa mereka. Kesudahannya, masa anak-anak lebih banyak di sekolah berbanding masa bersama keluarga. Persoalan sekarang, bersediakah aku?

Aku faham perasaan keluarga yang menghantar anak mereka ke asrama. Aku sendiri di hantar ke asrama pada usia 15 tahun. Selepas masuk asrama, aku hanya berjumpa keluarga 2 kali setahun. Aku masuk asrama tahun 2001. Dan sehingga kini, 2016, aku masih tetap berjumpa keluarga 2 kali setahun. Aku faham betapa rindunya keluarga pada anak-anak mereka. Dan ibuku pun telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk arwah zainab bte zainab.

Kini aku berhadapan dengan perkara yang sama. Apakah apa yang telah di lalui oleh keluarga ku, perlu juga dilalui oleh aku? Bezanya Cuma, aku perlu bermula lebih awal. Aku faham, ia adalah jalan terbaik buat aku serta isteri dan anak-anakku. Berjalan ke jalan Allah.

Cumanya aku pernah terbaca coretan seorang sahabat blogger. Yang mana, ayat-ayat nya sedikit memberi kesan kepada aku. Katanya, sekali kita menghantar anak kita ke sekolah tahfiz, atau ke jalan Allah, kita perlulah berkorban masa dan pandangan kita kepada anak-anak. Mungkin sampai bila-bila. Hmm. Berilah aku petunjuk ya Allah. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. Abang sepupu PC hantar anak sulong mereka ke sekolah tahfiz..anak perempuan...mama papanya berat hati namun atas permintaan anak itu sendiri sepupu PC gagahkan juga..anak dia tanya kenapa mama papa berat hati..bila alasannya berat hati,,nanti rindu,,susah nak jumpa..jawapan anaknya ringkas..kakak nak pergi untuk tolong mama dengan papa diakhirat..kakak nak bagi mama dengan papa syurga..kakak Allah punya..bukan mama papa punya..alhamdulillah sekarang dia dah hafaz 5 juzuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..benda yang sama juga wife saya cakap..tapi saya tanya wife saya juga..apakah mereka yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz sahaja, yang mana anak mereka akan membantu kedua ibubapanya di akhirat kelak? apakah mereka yang menghantar anak mereka ke sekolah biasa, anak-anak mereka tidak mahu membantu ayah dan ibu mereka di akhirat?

      wife saya cuma senyap je. hmm

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email