Apa yang aku buat pada Hari Pertama Puasa 2016. - ceritaejoy

Apa yang aku buat pada Hari Pertama Puasa 2016.

8:54 PG

http://www.ceritaejoy.com/

Apa yang aku buat pada Hari Pertama Puasa 2016|Yang sebenarnya, sama sahaja macam puasa-puasa sebelum ni. Pada awal puasa, aku mesti clear kan apa sahaja yang ada di atas meja kerja aku. Botol air, makanan dalam locker, gula-gula, apa sajalah yang melibatkan minuman dan makanan. Bukan apa, bila awal-awal ni, mood puasa dia masih dalam samar-samar. Kang ada la eksiden terminum air lah, termakanlah. Macam-macam.

Dugaan berpuasa sekarang ni, pada aku lebih besar dari tahun-tahun sebelum ini. Kalau nak dibandingkan dugaan berpuasa pada zaman nabi-nabi dulu, memang tak sama lah dengan zaman kita sekarang ni, tapi aku Cuma nak kongsikan apa yang berlaku dekat zaman kita ni ha.

Dugaan pertama pada aku adalah pada media sosial. Bukak je FB pagi-pagi macam ni, penuh orang upload gambar makanan. Kena pula makanan kegemaran kau. Tak meleleh? Adoi. Tapi dah nama pun puasa kan? Kalau nak di ikutkan, dugaan dekat bazaar Ramadan 2016 tu lagi hebat. Siap tengok live dan boleh bau lagi. Apa macam? Hehe.

Dugaan yang kedua adalah, laman sosial juga. Aku minta maaf awal-awal ya, walaupun kita berada di dalam bulan mulia, tapi ramai juga yang masih upload gambar-gambar terbukak sana, terbukak sini, terbengkak sana, terbonjol sini. Lebih hebat nya lagi, caption mereka, Alhamdulilah, berjaya puasa penuh harini. Hmm, masing-masing la ye.

Mesti ada yang cakap, kenapa, ada masalah ke kalau mereka berpakaian macam tu? Aku bukanlah alim ulama, ustaz jauh sekali, tapi semua jawapan tu dah ada berpuluh, beratus, beribu tahun dulu. Cuba cari, mesti dapat punya jawapan tu. Dan pasti ada juga soalan, sapa suruh tengok? Jawapan aku, bukan sengaja nak tengok. Kadang kau bukak page sahabat kau, dalam banyak-banyak gambar beliau, pasti ada yang terselit. Hmm.

Dugaan yang ketiga pada Hari Pertama Puasa 2016 ini adalah, mengantuk! Adoi! Kalau sebelum ni, kita tidur lena hingga ke subuh, tapi di dalam bulan puasa ini, kita perlu bangun lebih awal untuk bersahur. Kebiasaannya, awal puasa sahaja kita akan rasa mengantuk ni, tapi 2-3 hari lepas tu, dah ok dah. Tapi tak pasti lah aku kalau ada yang mengantuk membawa ke sebulan. Rasanya ada kut. Kan?

Dugaan lainnya pula adalah, benda-benda kecil yang boleh membawa kepada batalnya puasa. Contohnya? Korek hidung! Yelah, kadang gatal, kita nak bersihkan hidung, sedar tak sedar, ianya boleh membatalkan puasa. Yang lain tu, telinga gatal. Biasakan kita masuk jari, godek-godek sikit nak bagi hilang gatal tu.

Yang sebenarnya, semua ni bersifat sementara je. Dan terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau niat dah betul, dan sentiasa jaga, ianya tak menjadi halangan besar pun. Tapi biasalah kan, Hari Pertama Puasa 2016, orang cakap baru nak cari tune. Dan masuk hari ketiga atau keempat, dah ok dah. Hehehe.

Tapi Kan, aku cukup respek dengan <kisah 3 ibu super di dalam usaha mereka untuk terus capai impian>. Bayangkan mereka menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menguruskan kerjaya dan kini berpuasa di dalam bulan Ramadhan 2016. Hebat bukan? Sememangnya mereka hebat!

You Might Also Like

2 comments

  1. omg saya pun mengantuk juga ni, salam ramadhan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..itulah..rakan-rakan saya yang lain pun, semua cakap mereka mengantuk..hehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email