Alhamdulilah. Syukur dapat bantuan khas aidilfitri 2016 - ceritaejoy

Alhamdulilah. Syukur dapat bantuan khas aidilfitri 2016

8:57 PG

www.ceritaejoy.com

Alhamdulilah. Syukur dapat bantuan khas aidilfitri 2016|Aku bukanlah penjawat awam. Tetapi mendengar berita ini, aku pasti ada penjawat awam yang merasa syukur. Benar, walaupun nilainya tidak sebesar mana, tapi bolehlah daripada takda kan? RM500 tu kalau kena dengan jimatnya, boleh dapat macam-macam tau.

Bila tengok berita, penjawat awam akan terima bantuan khas sempena aidilfitri ni, aku terus tengok diri aku. Kenapa? Kerana june adalah bulan di mana, pekerja di syarikat tempat aku bekerja sekarang memperolehi bonus. Dan bukan niat untuk membangga diri, rata-rata pekerja di sini, memperolehi bonus melebihi RM5000.

Jika mahu dibandingkan dengan bantuan khas yang diterima penjawat awam itu, “kami” seharusnya lebih perlu bersyukur. Benar bukan? Tetapi percaya atau tidak, kalau aku katakan, ada yang tidak bersyukur, walaupun jumlah bayaran bonusnya adalah RM7000! Bukan RM700 ya, tapi RM7000.

Apa yang ingin korang katakan pada mereka yang tidak bersyukur ini? Apakah mereka kufur dengan nikmat yang diberikan tuhan? Kenapa dengan jumlah sedemikian rupa, masih ada lagi insan yang tidak bersyukur? Jika ada yang tidak tahu cerita sebenar, pasti yang akan mengatakan yang bukan-bukan.

Hakikatnya, cuba bayangkan diri anda berada di dalam situasi ini:

Bayaran bonus yang patut anda terima adalah bersamaan RM10,000. Tetapi nilai yang anda terima adalah RM7000. Apakah di dalam situasi sedemikian, anda akan merasakan, takpa lah, hilang RM3000 pun takpa. Atau anda akan merungut?

Jadi, kenapa ramai yang merungut adalah disebabkan, mereka merasakan apa yang mereka terima tidak setimpal dengan apa yang sudah mereka lakukan. Bayangkan anda perlu bekerja lebih daripada biasa. Dan majikan memberikan kata-kata, yang bahawanya, semua pekerja akan memperolehi habuan di atas usaha keras mereka.

Namun, bila sampai waktunya, majikan sekadar memberi yang biasa. Sama seperti sebelumnya. Oleh yang demikian, ramai pekerja yang merasakan mereka seperti tidak bermakna. Walaupun mereka memperolehi bonus yang besar! Yelah, ribu-ribu kot! Sapa nak kasi kan?

Lain orang, lain caranya. Itu aku pasti. Soalan aku sekarang adalah, jika korang berada di dalam situasi ini, apa yang korang akan buat? Jangan sekadar merasakan pertama kali dapat bonus macam ni ya. Cuba bayangkan yang korang dah dapat nilai yang sama bertahun lamanya. Jawapan Nya, kalian boleh berikan pada bahagian komen di bawah ya.

You Might Also Like

6 comments

  1. Walau nilainya sikit tapi syukurlah.. sekurang-kurangnya dapat dari takde langsung kan.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..perlu sentiasa bersyukur...:)

      Padam
  2. selalu bersyukur tak kira apa pun sekali.

    BalasPadam
  3. Ganas betul pertanyaan tu.. bagi saya, kalau kita tak dapat bonus di tempat kerja.. mungkin Allah akan beri dengan cara yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..mengenai itu saya setuju. jika tidak datang melalui kewangan, ianya akan datang melalui cara lain. terima kasih kerana mengingatkan saya..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email