Akhirnya, nuffnang membuahkan hasil. - ceritaejoy

Akhirnya, nuffnang membuahkan hasil.

12:40 PTG

www.ceritaejoy.com

Akhirnya, nuffnang membuahkan hasil|Banyak sebenarnya Teknik Buat Duit Online ni. Sebelum ni, aku Cuma fokus buat duit dengan nuffnang. Dan banyak juga post aku mengenai kekecewaan aku pada nuffnang.  Semuanya gara-gara fraud click. Tetapi semalam, aku dikejutkan dengan berita penerimaan cek nuffnang. Aiks?

Jika ada yang pernah membaca tulisan aku mengenai kekecewaan aku dengan nuffnang *jika belum, boleh baca di sini : Cashout terakhir Nuffnang*. Aku memang dah pasang niat, kalau cashout kali ni pun reject juga, aku banned terus nuffnang! Hahahaha.

Tapi alhamdulillah. Cashout kali kelima aku membuahkan hasil. Walaupun tak banyak, ianya tetap hasil dari Buat Duit Dengan Blogspot. Aku sebenarnya, memang nak tunggu duit tu jadi banyak, tapi disebabkan dah banyak kali kecewa, dengan nilai yang ada tu lah aku cashout.

Yang sebenarnya, kalau sebelum ni aku fokus pada Buat Duit Dengan Nuffnang, tapi sekarang aku lebih fokus pada Buat Duit Usd Online. Alhamdulilah. Dah rasa duit USD yang pertama, tak banyak juga, tapi masih lagi duit kan? Hehe. Earning kedua sekarang ni nampak nya macam laju sikit. Tak pasti samada ianya adalah kesan dari tukar domain haritu ke atau disebabkan trafik yang masuk ke blog ceritaejoy.

Yang sebenarnya, banyak Teknik Buat Duit Online ni. Dan dari apa yang aku lihat, ramai yang memilih nuffnang. Sebabnya, mudah. Ha, mudah. Nak request akaun nuffnang mudah, kemudian letakkan iklan di blog. Mudah kan? Tak macam Buat Duit Dengan Adsense. Aku ada akaun hosted sebelum ni, tapi lepas tukar domain, kena apply akaun non hosted. Dan reject kan kali pertama baru sahaja berlaku sebentar tadi.

Waktu aku nak apply akaun hosted adsense dulu, blog ceritaejoy kena reject lebih kurang 8 kali! Sedih! Dan sekarang, aku “kena” apply akaun non hosted adsense pulak. Dan rasanya aku perlu berhadapan dengan perkara yang sama sekali lagi selepas reject kan kali pertama sebentar tadi.

Takpe lah. Asalkan ada usaha, Allah pasti bantu. Bagi blogger kecil macam aku ni, kena lah letak macam-macam kat blog. Income kita dengan blog tak besar mana. Jadi harap fahamlah semua ya. lepas dah berjaya dapat duit dengan nuffnang. Aku kena fikir balik, samada nak letak semula iklan nuffnang di blog atau tidak.

Nanti-nantilah aku fikir. Kalau ada iklan tu dekat blog, ada lah ye. Kalau takda, aku fokus pada yang lainlah yer. Tapi, Kalau ada tu, minta tolong ya rakan-rakan. Hehehe.

You Might Also Like

12 comments

  1. tahniah...kalau dapat duit dalam USD lagi bagus....

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit dalam akaun USD sekarang baru ada USD12.35..hehehe..

      Padam
  2. awat highlight kler putih?nk tgk.hhahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab malu..nilai kecik je..nanti ada orang cakap..eleh, dapat sikit je, tu pun heboh nak citer dalam blog..oleh yang demikian, kita padam sahajalah..hehehe

      Padam
  3. tgh try jgk dengan USD nih..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..pakai akaun apa ye? boleh kongsi? hehehehe

      Padam
  4. Alhamdulillah terbaik.... boleh lah kongsi kongsi tips disebalik tabir tu.. heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tips buat duit dengan nuffnang ke? mudah je, letak iklan di blog. hehehehe. kalau buat duit dengan usd, boleh baca artikel ni : http://www.ceritaejoy.com/2016/04/wang-pertama-daripada-popads.html

      Padam
  5. Terbaik bro !!! ...lepas ni org datang nak letak iklan pulak kat blog bro..hehehehe

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email