Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa. - ceritaejoy

Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa.

2:52 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa| Sewaktu aku menulis tajuk post aku ni, aku teringat bait lirik lagu Mahu Jadi Hantu Atau Buaya. Siapa ya penyanyi nya? Maaf. Aku lupa tapi aku ingat lagu tu. Sebab senang nak ingat kan? Hehe. Orait. Apa ceritaejoy seterusnya ni? Melihat kepada perkembangan dunia penulisan kini, ramai yang nak ada blog sendiri. Persoalannya sekarang, untuk apakah blog itu?

Pagi tadi, sewaktu aku masuk kerja, aku terfikir akan hal ini. Yang sebenarnya, aku tanya pada diri aku, Buat Blog Untuk Apa? (Purpose Of Blogging For?) Adakah sebagai medium penulisan sekaligus membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka atau sebagai medium Jana Pendapatan Online? (Generate Extra Income Online).

Ini adalah kerana, aku terfikir beberapa rakan blogger aku. Ada dari mereka menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan mereka. Yang membolehkan mereka melakukan Kerja Dari Rumah (Work From Home). Ada pula daripada mereka, menjadikan blog mereka sebagai medium penulisan online. Berkongsi ilmu yang mereka ada sekaligus membantu orang lain.

Kena faham ya! Semuanya atas niat. Jika buat blog adalah kerana ingin Jana Pendapatan Online sahaja, maka kita akan dapat duit sahajalah tiap-tiap bulan. Kalau niat kita, buat blog sebab nak bantu orang, percaya atau tidak, duit itu akan datang dengan sendirinya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya jawapan kepada soalan Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa aku tadi tu adalah kerana aku buat blog hanya untuk dapatkan Monthly Income.

Sekarang. Bila dah tersedar dari lamunan hidup. Aku berusaha untuk ubah niat aku. Niat yang aku pasang pada awalnya ternyata salah. Adoi! Alhamdulilah tersedar. Itulah, kalau kita asyik fikir duit je, kita mesti tak nampak yang skop blog ini sendiri adalah sangat luas. Niat bantu orang, atau selesaikan masalah orang, kongsi ilmu yang ada, inshaAllah, Allah luaskan lagi ilmu kita.

Kalau niat nak dapat duit semata, kita akan dapat duit. Tapi ke mana sahaja duit itu? Berbanding ilmu yang bakal kita peroleh, yang mungkin mampu menjana lebih pendapatan buat diri kita atau keluarga?  Tak siapa yang tahu akan hal itu. Cukup sekadar kita betulkan niat, insyaAllah, Allah akan bantu kita. amin.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email