Terlalu tertekan (Hyper Stress) punca kematian mengejut. - ceritaejoy

Terlalu tertekan (Hyper Stress) punca kematian mengejut.

10:42 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Terlalu tertekan (Hyper Stress) punca kematian mengejut|Tidak aku nafikan, ramai daripada pekerja yang mengalami Tekanan Emosi Di Tempat Kerja. Ianya mungkin disebabkan bebanan kerja yang berlebihan berbanding bayaran gaji bulanan. Namun, tahukah kita semua, Cara Mengatasi Tekanan Tempat Kerja yang tidak betul boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku?

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian yang membawa maut kepada salah seorang rakan sekerja aku. Arwah bekerja di bahagian lain. Arwah dikatakan masuk kerja pada hujung minggu kerana ingin buat kerja lebih masa dan pulang awal sekitar jam 1300. Apabila pulang ke rumah, arwah dikatakan terus baring dan selepas itu pengsan secara tiba-tiba. Kemudiannya, arwah menghembuskan nafasnya terakhir.



Melalui perkongsian seorang rakan yang mana isterinya bekerja sebagai jururawat. Banyak kes seperti ini dilaporkan ke hospital. Gejala Tekanan Emosi Di Tempat Kerja yang berlebihan boleh memberikan kesan buruk kepada pekerja itu sendiri. Daripada apa yang aku faham, tekanan yang berlebihan memberikan kesan buruk kepada tubuh manusia.

Dan apabila seseorang itu terus baring, tekanan yang berlebihan akan memberikan kesan kepada otak manusia. Oleh yang demikian, salur darah pada bahagian otak akan terkesan dan akhirnya pecah! Ini adalah cerita yang dikongsikan oleh rakan aku tadi mengenai kes Terlalu tertekan (Hyper Stress) punca kematian mengejut.

Mungkin ramai yang beranggapan, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah , tidur adalah jalan terbaik. Namun tidak ramai yang tahu, bahawa ianya juga adalah risiko yang besar kepada seseorang itu. Antara punca lain kepada masalah ini adalah Sakit Jantung.

Mungkin ada yang tidak sedar, orang muda juga berisiko untuk mendapat sakit jantung. Sudah banyak kes yang kita dengar melibatkan Serangan Jantung pada Usia Muda. Ini diakibatkan oleh gaya hidup yang tidak sihat di kalangan pekerja itu sendiri di tambah lagi dengan Tekanan Emosi Di Tempat Kerja.


Oleh yang demikian, aku ingin mengajak semua untuk sama-sama berusaha untuk Mengatasi Tekanan Tempat Kerja dengan cara yang betul dan menjalani kehidupan yang sihat bersama-sama. Usahalah dibiarkan pasangan kita meratapi pemergian kita dalam usia yang muda. Memang benar, ajal dan maut itu takdir ilahi namun, jika tiada usaha untuk menjaga kesihatan diri, tiada makna nya juga. Ya!

You Might Also Like

2 comments

  1. terlalu penat pun memang tak boleh, kena bawak berehat jugakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..kena selalu ambil masa untuk rehatkan badan..dan jangan terlalu stress..kena belajar juga cara pengendalian tekanan dengan cara yang betul.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email