Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara. - ceritaejoy

Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara.

9:23 PG


Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara|Setakat kehidupan aku sekarang, aku baru sampai ke Negara gajah putih. Dalam beberapa kali juga. Itupun atas urusan kerja. Aku ada juga simpan hasrat, nak bawa keluarga jalan-jalan ke luar Negara. Kalau aku dengan isteri sahaja, dah merata kami pergi, tapi kami ada 2 anak kecil berusia di bawah 3 tahun. Jadinya, aku nak mencari Tips Melancong Bersama Anak Kecil.

Perkara pertama yang bermain dalam fikiran aku adalah, kapal terbang! Arghh! Aku takut mereka meragam kat atas tu. Mau Nya mereka terjerit-jerit kat atas tu macam mana? Aku ada baca Tips Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang. Antaranya berikan mereka jajan atau bawakan mereka mainan supaya mereka leka. Tapi, aku terfikir lagi, kalau 2 benda tu pun tak mampu melekakan mereka, apa aku nak buat lagi? Erks!


Travel Dengan Anak Kecil ni pada aku kena betul-betul planning. Bukan boleh main sebat je. Sebabnya, kalau berdua dengan pasangan, kita boleh buat ala kadar je. Contohnya, hotel, mungkin rumah tumpangan je kita boleh tidur, tapi kalau dengan anak kecil, kita mesti nak cari yang selesa sedikit.


Kemudian, Persiapan Travelling Dengan Anak. Kalau berdua dengan pasangan, mungkin boleh bawa beg kecik je. Mungkin sepasang dua pakaian. Tapi kalau dengan anak kecil? Adoi! Korang faham-fahamlah sendiri kan? Kena pula yang masih menyusu. Itu yang aku Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara tu. Takut huru hara jadinya nanti!

Tapi kan, tapi semua tu alasan je kan? Betul tak? Kalau kita tengok orang luar Negara yang datang ke Negara kita ni. Dah la mereka Melancong Cara Backpackers! Maksudnya tiada hotel mewah segala ni, tapi siap bawa anak kecil tu. Dikendongnya anak itu ke sana ke mari. Apa mereka tak punya rasa takut ke? Kan?

Aku masih ingat lagi, sewaktu aku di hantar bekerja ke luar Negara, dekat airport klia tu, ada pasangan dari Negara luar. Berpakaian seperti mereka yang kerap travel. Maksudnya tak berapa kemas la. Yang menarik perhatian aku adalah, wanita itu hanya pakai stokin kaki! Dari malaysia, dia terbang nun jauh ke Thailand! Hanya pakai stokin! Aku tak tahu la, dah berapa banyak Negara dia pergi hanya dengan pakai stokin tu. Hahaha.


Ok. Itu hanya selingan je yer! Baik, sekarang ni, aku kena persiapkan diri, mental dan fizikal. Untuk Travel Dengan Anak Kecil. Negara yang berada di dalam fikiran aku ketika ini adalah, yang pertama adalah Thailand. Kenapa thai? Sebab aku dah beberapa kali ke sana, dan aku dah kenal pasti beberapa lokasi menarik untuk aku bawa keluarga aku. Sudah pastinya, lokasi tersebut bakal menggembirakan mereka.

Yang keduanya adalah Indonesia. Aku suka bali. Aku suka dengan konsep alam semulajadi dan rekabentuk binaan di sana. Dan aku juga sudah terpikat dengan Yogyakarta! Semuanya sebab Lokasi Shooting Ada Apa Dengan Cinta 2. Hahaha. jangan kecam aku, dah memang lokasi nya cantik-cantik. Betul tak?

Yang ketiganya Australia. Yang ini aku kena fikir balik. Sebab ianya adalah pelawaan dari saudara isteri aku yang menetap kat sana. Ikutkan hanya keluar belanja tiket kapal terbang je. Tapi sebab nak kena duduk dekat rumah saudara dia tu. Itu aku fikir balik. Hahahaha. Untuk itu, aku ada alasan aku sendiri ya.

Dan yang paling aku terasa nak bawa keluarga aku dan aku perlu fikir terlalu banyak kali adalah Melancong Ke Jepun Dengan Anak Kecil. Pertamanya kena fikir belanja. Mahal kot dekat sana! Kemudian makan! Kemudian bahasa! Kemudian pentadbiran! Semua dekat sana semua ikut masa. Kalau kita-kita je, boleh la redah , terkejar sana sini. Tapi kalau dengan anak kecil, adoi, kesian kat mereka je.


Orait! Sekarang aku kena hapuskan perasaan Takut nak bawa anak melancong ke luar Negara ni. Kalau orang lain boleh, tak kan kita tak boleh kan? Kalau tak boleh, semua alasan je tu. Aku teringat kata seorang teman, kita bawa diri kita, lihat Negara orang, dan barulah kita tahu betapa majunya mereka berbanding kita. ha? Yeker?

  • Tips Melancong Bersama Anak Kecil
  • Tips Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang
  • Travel Dengan Anak Kecil
  • Persiapan Travelling Dengan Anak
  • Melancong Cara Backpackers
  • Melancong Ke Jepun Dengan Anak Kecil

You Might Also Like

4 comments

  1. Jakarta lebih maju daripada kuala lumpur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..yeker? baru tahu..tapi rasa macam bangkok pun maju juga..hehehe

      Padam
  2. travel dgn anak kecik agak mencabar... Tp ia akan jd pengalaman buat diorg. Setuju tu, jgn takut nk g oversea walaupun ada anak kecik. =) kdg kdg diorg lagi excited hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..bila dengar anak-anak excited..kita jadi lebih seronok..wah! yes! yes! dah kena plan dari sekarang ni..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email