Siapa Khai Bahar tu? - ceritaejoy

Siapa Khai Bahar tu?

8:56 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Siapa Khai Bahar tu?|Ada 1 aplikasi yang buatkan orang terjerit di mana-mana. Di dalam bilik, di dalam kereta, di celah almari, di mana-mana sahaja. Nama aplikasi tu, smule. Aplikasi karaoke yang menjadi fenomena bukan sahaja pada orang muda tetapi warga emas.

Bila sebut pasal smule ni, nama khai bahar di antara yang paling banyak disebut. Persoalan sekarang, siapa khai bahar tu? Top sangat ke dia sampai deejay radio pun ajak smule? Ayuh! Kita bongkar misteri ini!

Kalau kita search dekat youtube, smule malaysia. Pasti kita akan terjumpa dengan pemilik nama khai bahar ni. Hmm, suara boleh tahan di tambah lagi dengan rupa. Orang cakap ada pakej la dia ni. Tapi aku pelik, kalau suara dia sedap dan orang cakap boleh pergi, kenapa dia tak masuk mana-mana reality tv? Kan? Itu aku pelik.

Yang sebenarnya, ramai orang kita yang suaranya sedap dan unik. Suara sedap ni ramai tapi nak cari yang unik tu susah. Sebab apa aku cakap suara sedap ni ramai? Sebab kalau kita tengok tone suara artis sekarang ni, banyak yang sama. Kadang-kadang, sampai tersalah artis pun ada. Kan?

Baik. Berbalik kepada kisah khai bahar ni. Siapa khai bahar? Secara jujurnya, aku sendiri suka dengan tone suara dia. Unik! Lagi pulak suara dia pelbagai. Maksud aku, tak sama pada setiap lagu.

Jika lagu balada, suaranya balada, kalau slow rock, suara pun tone slow rock. Ala, senang cakap, tone suara dengan lagu tu, kena. Ha, faham kan?

Bila dah tak kenal, haruslah kita cari siapa khai bahar tu kan? Zaman sekarang, taip aja di google, semua data yang kita inginkan akan mudah didapati. Baiklah. Ini biodata ringkas khai bahar:

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Nama glamor : Khai Bahar
Nama penuh : Muhamad Khairul Baharudin
Umur : 22 tahun (2016)
Asal : Perlis
Karier : Penyanyi jalanan
Instagram : https://www.instagram.com/khaibahar94/

Owh, muda lagi orangnya. Kira sebayalah dengan aku ni. Orang perlis? Ahahaha. Aku pun orang utara jugak *tiba-tiba*. Hmm, karier dia penyanyi jalanan? Aiks? Tu je? Kalau macam tu, aku pun nak lah! Boleh cam gitu? Hahaha.


Orait. Sekarang dah kenal dah siapa khai bahar ni. Orang biasa-biasa je ni. Tapi dah ada gossip dah. Adoi! Apa pun, respek dengan suara kau bro. Aku pun sebenarnya, teringin juga nak smule ni, tapi kang, apa pulak kata wife dengan anak-anak aku nanti, mesti mereka pelik, kenapalah ayah dia terjerit-jerit ni. Hahaha. Tapi, kalau khai bahar ajak aku feat, apa salahnya. Wahahaha!

You Might Also Like

6 comments

  1. Lahh igt orang srawak. Hahaha. Dah la ada rupa suara sedap mmg package la dia ni.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan-bukan...dia orang perlis..hahaha

      Padam
  2. aku kadang pakai juga aplikasi smule tu utk lepas gian, tapi takdelah rakam dan publish mcm khai bahar sebab takut jadi kemarahan dan tohmahan org.kahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala..kadang drg saja je post tu..sebab ada yang post video mereka tu, buat gelak orang je..hahahaha

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email