Siapa hafidz roshdi tu? - ceritaejoy

Siapa hafidz roshdi tu?

9:22 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Siapa hafidz roshdi tu?|Sungguh aku tak kenal siapa dia hafidz roshdi ni? Rasa aku bukan orang biasa, sebab kalau orang biasa, tak kan lah cerita dia viral dekat laman sosial kan? Kalau viral sekejap, mungkin takda apa-apa kut, tapi ni, lama pula viralnya. Lepas tu, kebanyakkan blogger cerita pasal hafidz roshdi ni, jadinya, aku kena siasat, siapa dia. Kenapa ramai yang dok cerita pasal dia.

Sebelum aku cerita lanjut pasal dia, aku memang tak tengok tv. Kalau tengok pun, tersangat lah jarang. Ok. Sebulan 2 atau 3 kali je. Percaya tak? Wahaha! Ada orang cakap, aku tak tahu pasal dunia kalau tak tengok tv. Aku Cuma nak cakap, berita dunia bukan setakat dekat tv je. Guna internet pun boleh tahu pasal dunia. Tak pun, baca surat kabar pagi-pagi. Ha!


Siapa Hafidz Roshdi? Kalau guna keyword nama dia, yang banyak keluar adalah Hafidz Roshdi Kekasih & Hafidz Roshdi Tunang. Aiks? Siapa dia ni? Tak jumpa apa-apa keyword yang boleh beri aku jawapan siapa dia ni. Bila dah tak jumpa, haruslah aku tanyakan pada pakcik google. Hoi pakcik! Siapa dia ni! Hehehe. Garang pula menanyakan soalan pada orang tua tu.

Tundukkan Playboy Itu? Hahahahaha! Cerita apa tu? Aku dah tau siarannya dekat mana. Adoi! Inilah alasan kenapa aku tak suka tengok tv. Jangan kecam aku ya! Mungkin baik dan seronok bagi anda, tetapi tidak bagi aku. aku langsung tiada minat dengan apa-apa jalan cerita seperti yang dilakonkan mana-mana drama.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait. Tak kisahlah tentang itu. Sekarang! Ni, isu Istri Hafidz Roshdi. Ramai yang dok bercakap-cakap perkara yang kurang enak dari segi bahasa dan pendengaran seorang manusia. Adoi! Dah jodoh mereka, biaq p kat depa la kan? Itu kan sudah ketentuan Allah. Mungkin mereka merasakan, Hafidz Roshdi ni handsome & segak, dan tak sesuai dengan pasangannya. Adoi. Sekali lagi, udah ketentuannya kan?

Mungkin ada daripada “mereka” yang merasakan, pelakon Tundukkan Playboy Itu sesuai dengan diri mereka kut berbanding Istri Hafidz Roshdi sekarang ni. Hahaha. Jangan cakap aku mengarut ya! Mesti ada la. Yelah, melihat kepada rupa pelakon tu, memang ada rupa punya orang. Tengok rupa memang ada rupa? Hahaha, harap faham la yer?


Sekarang dah terjawab la soalan dalam diri aku,  Siapa hafidz roshdi tu. Patutlah viral ceritanya, lepas tu tak habis-habis. Hahaha. Macam-macam isu la yer. Takpe Lah, sesekali ada isu macam ni, seronok lah juga media sosial tu. Tapi kalau kejap-kejap isu macam ni, naik bosan lah aku. Baik aku ikut cerita semasa dekat Syria sana. Ramai saudara-saudara kita yang sedang dalam kesusahan. Ya!

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email