Sayu! Mayat pertama nahas helicopter di Sarawak dijumpai. ~ Ceritaejoy Sayu! Mayat pertama nahas helicopter di Sarawak dijumpai. - Ceritaejoy

Sayu! Mayat pertama nahas helicopter di Sarawak dijumpai.

3:26 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my

Sayu! Mayat pertama nahas helicopter di Sarawak dijumpai|Simunjan: Mayat pertama yang ditemui terdampar di tebing Sungai Batang Lupar berdekatan Pulau Suduku, disini, tengah hari tadi, dalam keadaan sempurna.

Ketua Operasi Azman Julaihi berkata, mayat ditemui pada jarak dua hingga tiga kilometer dari lokasi serpihan helikopter kira-kira 12 tengah hari oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan.


"Operasi juga akan diteruskan selagi keadaan cuaca mengizinkan selain pasukan penyelam turut dihantar bagi mengesan serpihan dan penumpang lain," katanya ketika ditemui Harian Metro di pusat operasi di Jeti Feri Triso, Sebuyau, di sini, hari ini.

"Radius kawasan pencarian kini diperluaskan sehingga 100 kilometer membabitkan pelbagai agensi dan tumpuan diberikan di kawasan hulu sungai.

Sebarang perkembangan mengenai operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.

Sumber : Mymetro

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You