Rogol Dan Bunuh semakin menjadi-jadi! - ceritaejoy

Rogol Dan Bunuh semakin menjadi-jadi!

3:05 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Rogol Dan Bunuh semakin menjadi-jadi!|Semakin hari, semakin banyak Kes Bunuh Di Malaysia dilaporkan. Seperti tidak sah berita setiap hari tanpa laporan kes bunuh. Namun, apa yang paling merisaukan aku adalah berita mengenai Kes Rogol Dan Bunuh, lebih-lebih lagi yang melibatkan kanak-kanak!

Nafsu manusia kini boleh dikatakan melebihi nafsu haiwan! Makin ramai yang berpenyakit seksual pada kanak-kanak. Apa yang mereka lihat pada tubuh seorang kanak-kanak?? Di mana perasaan seorang manusia sehingga sanggup Rogol Dan Bunuh?

Mengenai kes Rogol Dan Bunuh Kerani Sekolah, ianya dikatakan dilakukan oleh kenalan terdekat. Melalui perkongsian di laman sosial, ramai daripada kita yang tidak sedar akan bahayanya mendedahkan segala aktiviti harian samada di laman sosial mahupun secara perbualan dengan rakan-rakan. Kerana apa? Tidak semua yang berada di sekeliling kita, benar-benar baik dengan kita.


Percaya atau tidak, mungkin terdapat beberapa orang yang dalam diam menaruh perasaan pada diri kita terutama nya wanita. Dan mereka ini sentiasa menunggu peluang dan dalam sedar tak sedar, mereka ini sebenarnya berpenyakit seksual! Bila memperoleh peluang, maka terjadilah kes Rogol Dan Bunuh ini.

Yang sebenarnya, bukan semua kesalahan terletak pada diri mereka yang melakukan, tetapi ada juga berpunca daripada diri mangsa sendiri. Ianya mungkin datang daripada pakaian, perbuatan, bau-bauan dan percakapan. Tak aku nafikan, dunia moden kini, manusia seakan-akan tiada batasan di dalam pergaulan. Mereka mungkin menganggap ianya adalah gurauan di antara rakan-rakan. Namun dalam sedar tak sedar, mungkin ada daripada mereka yang mengambil serius pada setiap perkara.

Melihat kepada Kes Rogol Dan Bunuh Kanak-kanak pula, aku sendiri kurang pasti pada permasalahan ini. Kanak-kanak, pakaian mereka tidaklah terlalu seksi. Tubuh mereka juga masih belum sempurna seperti layaknya seorang dewasa. Namun, mereka yang berpenyakit mental ini tetap juga mempunyai nafsu pada kanak-kanak.

Sudah tiba masanya, Negara kita mengeluarkan 1 hukuman yang paling berat buat pelaku ini. Kerana, sering saja kita dengar, apabila tertangkapnya seseorang itu, kebarangkalian untuk mereka terlepas juga besar jika siasatan mendapati, pelaku punya sakit mental. Jika terlalu ramai yang sakit mental, maka akan terjadilah terlalu banyak kes rogol dan bunuh ini.

Mengenai kerisauan mereka yang menghukum pelaku ini juga mengusarkan semua orang. Mengenai kes Bunuh Perompak Kerana Pertahankan Diri, mungkin ramai yang merasakan hukuman yang bakal dikenakan kepada tuan rumah yang membunuh perompak itu adalah tidak adil. Kerana dia mempertahankan keluarganya daripada perkara yang tidak diingini.

Bagi aku, jika berada di dalam keadaan yang bahaya, kita akan melakukan apa sahaja demi orang tercinta. Mungkin juga pihak berkuasa mempunyai jawapan mereka yang tersendiri. Namun, janganlah kita membiarkan diri kita berada di dalam pandangan mereka yang berpenyakit mental ini. Sentiasalah berhati-hati dengan orang sekeliling.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email