Rogol dan bunuh menggunakan batang cangkul. - ceritaejoy

Rogol dan bunuh menggunakan batang cangkul.

5:55 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Rogol dan bunuh menggunakan batang cangkul!|Manusia kini semakin menggila! Aku yang baca berita ni, tak tergambar bagaimana perasaan mangsa! Hanya kerana menurut kan nafsu, atau mungkin kerana dipaksa, seorang gadis menemui ajal akibat pendarahan teruk pada anggota dalaman akibat di tusuk menggunakan batang cangkul melalui lubang kemaluan!

Allahurabbi! Entah ke mana perasaan manusia kini. Kehidupan manusia kini sudah kembali kepada kehidupan manusia yang tidak bertamadun! Sungguh aku merasa geram segala bila aku baca berita ini. Semuanya gara-gara kerap ditolak keinginan untuk melakukan hubungan seks? Lagi sorang tu pulak, kerana cintanya di tolak? Yang lagi sorang tu kenapa?

Semuanya, seramai 3 orang berjaya di berkas oleh anggota polis. Namun diasingkan daripada banduan lain kerana pernah dipukul akibat kesalahan lampau. Kalau baca semula berita tersebut, ini bermakna, kesemua daripada mereka pernah melakukan kesalahan yang sama? Atau mungkin, berita tersebut merujuk kepada kes, ada banduan yang di pukul banduan lain akibat daripada kesalahan merogol dan membunuh?

Lupakan tentang itu! Persoalan sekarang, apa nak jadi dengan manusia sekarang? Semakin gila? Usia mereka masih muda remaja, namun terlalu berani hingga membunuh! Dan yang menjadi persoalan kepada aku adalah, apakah hukuman yang bakal mereka terima? Adakah sama dengan nasib si mangsa? Atau hukuman penjara? Sebatan?

Kalau penjara seumur hidup, pada aku masih berpeluang untuk bebas. Jika ada tempohnya, mereka akan kembali ke dunia kehidupan normal semula, dan mungkin akan melakukan kembali kesalahan yang pernah mereka lakukan sebelum ini? Ini pada pandangan aku. Ianya mungkin berbeza dengan pendapat anda semua.

Bila berlaku kejadian seperti ini, siapa yang perlu disalahkan? Wanita tersebut? Atau mereka yang melakukan? Pada aku kedua-duanya pun, boleh menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Wanita yang menyerahkan, dan orang yang melakukan. Jika tiada persetujuan daripada kedua-dua pihak, pasti tidak terjadi perkara seperti ini.


Dan jika ianya berlaku di dalam keadaan paksaan, boleh adu kan terus kepada pihak berkuasa. Jangan takut! Kalau malu nak beritahu pada keluarga, beritahu pada orang terdekat, supaya ada orang yang tahu. Bila di diamkan sahaja, takut nanti, perkara seperti ini berlaku lagi. Nyawa manusia bukan murah! Tak ada jual dekat mana-mana. Oleh yang demikian, sayangi nyawa dan jangan pernah percaya pada sesiapa pun!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email