Rezeki awal dengan Domain sendiri. - ceritaejoy

Rezeki awal dengan Domain sendiri.

11:33 PG

http://www.ceritaejoy.com/

Rezeki awal dengan Domain sendiri|Alhamdulillah, selepas 1 hari aku menggunakan domain sendiri di blog ceritaejoy.com, rezeki datang. Pagi tadi, waktu aku check email, ada 1 jemputan review produk. Wah! Sungguh aku tak percaya! Yelah, selalu baca blogger lain, dapat invite sana, dapat invite sini, hari ini aku pula dapat jemputan. Tak seronok kau? Hahaha.

Walaupun tak lah sebesar mana, tapi tetap juga disebut jemputan kan? Tapi, itulah, nu ha, jauh ko! Kat KL sana. Aku bukanlah apa, aku memang tak berapa suka nak drive masuk Bandar-bandar besar tu. Alangkan Melaka yang jammed ni pun aku malas nak drive, inikan pula Bandar besar macam KL tu kan?

Tapi kan, kalau nak jadi blogger yang hebat atau sama atau lebih kurang sama, atau sipi-sipi nak sama macam top blogger malaysia, alasan macam tu dah boleh ada dalam kamus hidup kan? Nak berjaya, semua benda kena tempuh. Mana boleh ada alasan. Betul tak?

Persoalan sekarang, adakah aku perlu terima atau tidak? Nak review tempat orang tu. Siap bagi produk percuma. Percuma kau! Masuk tandas pun kena bayar sekarang ni. Hmm, banyak kena fikir ni. Lagipun aku belum ada pengalaman lagi ni. haish! Macam mana ni?

Tadi, lepas baca tawaran tu, aku terus search mana-mana blogger yang dah buat review pasal tempat tu. Adoi! Rata-ratanya buat review yang adoi, gempak! Jap, nak tahu apa yang merisaukan aku? Aku bukan blogger sepenuh masa. Bila sebut macam tu, faham-faham jelah. Kita ni tak berapa nak fokus kat blog. Computer pun pakai pejabat punya. Ambil gambar pakai handphone. Lepas tu, nak g review tempat orang? Mau digelaknya kita nanti.

Dan atas alasan tersebutlah, aku membuat keputusan untuk menolak. Bukan apa, takut tak mampu berikan yang terbaik. Mereka mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada kita, tapi akhirnya, kita beri yang biasa-biasa sahaja. Daripada orang bercakap, eloklah di tolak elok-elok. Takpa, rezeki Allah itu tak terbatas pada 1 rezeki sahaja, betul tak?

Takpe Lah. Lupakan sekejap pasal tu. Nak seronok-seronok kan diri, jom kita layan <VIDEO: team penyelamat haiwan paling epic!>. Bila tengok mereka usaha nak selamatkan haiwan tu, rasa sebak je. Yelah, haiwan juga berhak untuk hidup di bumi Allah. Jadi, usahlah kita tidak mempedulikan mereka. ya!

You Might Also Like

12 comments

  1. Salam.. Tahniah dah bertukar ke domain... :)

    BalasPadam
  2. first time yaya buat domain sendiri.mas tahun lepas..haaa..menang belajar sendiri.sedih auuuu....pastu nak bayar takde maybank2u haa...terpaksa duk meratap kat member ofis..kahkahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan di ratapi kisah lama..jangan..hehehe

      Padam
  3. alhamdulillah..teruskan menulis

    BalasPadam
  4. sygnya kan terpaksa tolak jemputan tu. tapi takpe, manatau next time kena jemput lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..macam nak pergi sebenarnya..tapi takkan nak guna apa yang ada je kan? so, baik tolak dahulu..insyaAllah, kalau ada, ada lah..kalau tak ada pun, tak apa. ehehe

      Padam
  5. Tahniah.. semoga semakin masyuk dengan domain baru nie

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email