Rezeki Allah VS kesediaan diri. - ceritaejoy

Rezeki Allah VS kesediaan diri.

9:55 PG


Rezeki Allah VS kesediaan diri|Semua pasangan suami isteri pun mahukan zuriat. Demi kelangsungan keturunan mereka. Termasuklah aku. Dan ramai yang percaya kepada Rezeki Lepas Kahwin. Ramai yang mengakui, selepas sahaja mendirikan rumah tangga, rezeki mereka melimpah ruah. Dan inilah janji Allah kepada mereka yang bersyukur kepadanya.

Jadi apa kaitannya dengan tajuk entry aku : Rezeki Allah VS kesediaan diri ni? Jawapannya adalah anak. Ya! Anak yang terhasil daripada hubungan kelamin suami isteri. Anak Rezeki Dari Allah. Ya. Ada yang dikurniakan dengan ramai anak, ada juga pasangan yang tidak dikurniakan dengan anak walaupun bertahun lamanya mendirikan rumah tangga.


Rezeki seseorang manusia itu dah ditetapkan. Rezeki Allah Itu Luas. Kalau tidak dengan pemberian anak, diberikan kesihatan yang sangat baik. Diberikan juga kehidupan yang bahagia. Ada juga diberikan makanan dan tempat tinggal yang mewah. Rezeki itu datang pelbagai. Yang benar-benar bersyukur kepada Allah sahaja memahami akan hal ini.

Berbalik semula kepada kisah anak ini tadi. Ya, aku sangat percaya, Rezeki Anak Allah Tentukan. Ya! Aku tidak sesekali menafikan perkara itu. Tetapi aku tidak percaya kepada kesediaan diri aku. Bagi yang tidak mengetahui, aku sudahpun mempunyai sepasang anak. Aku sudah merasa selesa dengan kehidupan sekarang. Aku dah merasakan kehidupan aku cukup sempurna sekarang ni.

Namun, bagaimana pula jika diberikan anak ketiga tanpa sedar? Aku selalu terfikirkan, bagaimana kalau Allah terusan ingin memberikan rezeki anak kepada aku sekeluarga. Aku selalu bertanyakan soalan ini kepada diri aku. Wujud banyak persoalan dalam diri aku.

Pernah sekali, aku berbual dengan rakan-rakan terdekat. Semuanya mengatakan hal yang sama, Anak Rezeki Dari Allah. Ini adalah kerana, aku kerap kali mengatakan, aku dah tak nak anak lagi. Kerana aku dah rasakan kehidupan aku dah cukup sempurna sekarang ni.

Tak kurang juga yang cakap, aku ni tak bersyukur. Ada keluarga yang nak anak ramai. Tapi Allah Cuma bagi seorang sahaja penyeri dalam keluarga mereka. Jawapan aku, aku bukan tidak percaya kepada Rezeki yang Ada Pada Anak yang bakal dilahirkan tu, Cuma aku tak percaya pada diri aku sendiri.

Adakah aku mampu berlaku adil kepada setiap anak aku? Adakah cukup perhatian yang bakal aku berikan pada setiap anak-anak aku? Aku takut jika aku tak mampu berlaku adil pada semuanya. Jika sekarang, aku mempunyai 2 orang anak. Jadi perhatian aku terbahagi kepada 2. Jika 3, maka aku perlu bahagikan kepada 3 pula.

Ini adalah pada diri aku. Aku faham, ramai yang akan cakap, Percaya Pada Rezeki Allah. Dan aku sangat percaya kepadanya, namun aku tidak percaya kepada diri aku. Dan atas alasan itulah, aku tak ingin punya anak lagi. Bukan kerana aku menolak rezeki, tapi kerana aku masih belum cukup bersedia. Ini adalah jawapan ikhlas daripada aku. 

  • Rezeki Lepas Kahwin
  • Rezeki Anak Allah Tentukan
  • Anak Rezeki Dari Allah
  • Rezeki Allah Itu Luas
  • Kehidupan Selepas Kahwin
  • Rezeki Ada Pada Anak
  • Percaya Pada Rezeki

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email