Posmen curi barang? Tak semua. - ceritaejoy

Posmen curi barang? Tak semua.

12:24 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Posmen curi barang? Tak semua|Banyak rasanya aduan mengenai hal ini dilaporkan. Tak usah tengok orang lainlah, aku sendiri pernah berhadapan dengan kejadian seperti ini. Cuma tak buat report je. Kadang tak boleh nak salahkan posmen juga, mungkin pendapatan mereka kurang *sekadar berfikiran positif* namun perlu fikir juga pada penerima barang tersebut. Mungkin barang itu penting buat mereka.

Bercerita pasal pengalaman Posmen Curi Barang ni, cerita dia, sewaktu aku minta adik aku pos kalkulator dari kedah ke Melaka. Di masuknya ke dalam sampul pos laju tu. Waktu tu, Perkhidmatan Pos Laju Malaysia adalah antara yang paling banyak digunakan dan mudah. Sewaktu barang tu nak sampai ke rumah aku, aku dah dengar ada bunyi kenderaan dekat luar.


Bila aku jengah melalui tingkap, ada nampak posmen naik motor, sedang buat sesuatu kat sampul tu. Aku tak perasan apa yang dia buat. Aku bukalah pintu. Yelah, posmen datang rumah, mestilah nak hantar barang kan? Bila aku bukak je pintu, posmen tu terus buang barang tu masuk halaman rumah aku dan pecut motor dia. Aiks? Dah kenapa ek?

Bila aku ambil sampul tu, baru aku perasan yang Posmen tadi tu nak Curi Barang aku. Sebabnya, sampul tu dah terkoyak! Adoi! Baru pertama kali berhadapan dengan kejadian Poslaju Curi Barang ni, jadinya macam sikit marah tu ada. Kenapa sedikit? Sebabnya aku tahu, barang dalam tu tak berapa berharga, kalaulah jenis yang berharga, dah tentu aku buat report polis.

Ala, bukan susah pun nak cari Posmen Curi Barang ni. Pergi semula ke pejabat pos kawasan tersebut, dan minta pada mereka, siapa yang bertugas menghantar barang di taman/kampung anda. Nyatakan juga jam sewaktu kejadian tersebut. Kemudian bawa barang bukti ke balai polis berdekatan. Biar polis yang buat kerja mereka. Janganlah buat yang bukan-bukan pada posmen tu, sebab nya, takut nanti, kita yang dicari polis.

Pada aku mudah je. Yang menghantar tu pun manusia. Mereka pun terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Mereka juga pastinya ada tanggungan. Bila di dalam keadaan “terdesak”, mereka pun akan lakukan apa sahaja. Jadinya, janganlah di pos barang-barang yang tinggi nilainya. Jika tiada pilihan lain, bungkus lah barang tersebut sehingga tidak ada orang yang tahu apa yang ada pos.


Ada juga yang cakap, kalau dah niat nak mencuri, bungkus lah macamana pun, mesti hilang juga. Betul. Jika ada bukti yang cukup, buat lah report polis dan biarkan polis lakukan kerja mereka ya. Jika mampu mengelak, elaklah ye. Semoga kita semua hidup di dalam aman dan damai. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. Klao niat nya mmg mencuri, di bungkus apapun pasti di curi yaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer..betul tu..tengok pada niat juga..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email