Pesanan Buat Istri, jagalah bahasa anda. - ceritaejoy

Pesanan Buat Istri, jagalah bahasa anda.

2:26 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Pesanan Buat Istri, jagalah bahasa anda|Aku bukan seorang alim ulama, ustaz mahupun sesiapa sahaja. Aku berkongsi sedikit perkara yang aku alami. Tidak terjadi kepada diri sendiri, tetapi kepada rakan terdekat. Sebagai ingin menjadi isteri yang solehah, seorang isteri haruslah Taat Pada Suami dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang kasar kepada suami mereka.

Namun, dalam dunia serba moden sekarang ni, tidak semua yang berfikiran semacam itu. Banyak je isteri yang melayani suami mereka saling tak tumpah seperti kawan biasa atau ada yang lebih teruk. Ada juga yang dengan senang hatinya memaki hamun atau kerap menggunakan perkataan kesat kepada suami mereka.


Baiklah, aku tak mahu fokus kepada cerita tu. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai seorang rakan aku ni. Beliau teramat inginkan cahaya mata lelaki. Beliau kini mempunyai 3 orang cahaya mata dan kesemuanya adalah perempuan. Beliau sebenarnya telah pun dikurniakan dengan bayi lelaki *masih dalam kandungan*, namun, takdir Allah menentukan segalanya, apabila bayi tersebut meninggal dunia semasa di dalam kandungan isterinya.

Akibat terlalu inginkan bayi lelaki, mungkin terdapat perbalahan di antara mereka. Mengenai hal ini, aku kurang pasti, aku cuma sekadar berfikiran semacam itu. Isterinya telah meluahkan kata-kata ini:

“jika awak nak sangat anak lelaki, awak nikah lain”

Bila seorang lelaki atau lebih tepatnya suami, yang nak sangat-sangat anak lelaki, dengar ayat macam tu, dah tentulah mereka nak nikah lain kan? Sebabnya mereka nak sangat anak lelaki.  Bila dah dengar isteri sendiri cakap macam tu, terus lah sahabat aku ni buat keputusan nak nikah lain.

Tapi apa yang membuatkan aku pelik adalah. Bila isterinya memberikan 2 syarat pelik. Syarat yang mengundang dosa besar seumur hidup isterinya. Mengenai syarat itu, aku tak mahu kongsikan dekat blog ceritaejoy ni. Cukuplah aku seorang sahaja yang tahu syaratnya.

Apa yang cuba aku kongsikan dekat sini adalah, kepada semua isteri, tolonglah jaga bahasa anda apabila berkata-kata pada suami. Faham, bila tertekan, memang tak fikir apa dah. Main cakap je apa yang nak cakap. Bila semua dah ok, barulah nak menyesal. Kalau kena pada suami yang faham, takpalah, kalau kena pada suami yang macam tak nak faham? Atau memang mereka nak sangat dengan sesuatu perkara tu, dah menimbulkan masalah besar kepada hubungan kekeluargaan tersebut.


Ada sesetengah suami yang tidak berfikir mengenai kepayahan isteri mereka. Yang mereka tahu, kehendak mereka perlu dipenuhi. Mengenai hal itu, terpulanglah kepada diri masing-masing ya. Pada aku, mudah sahaja, pasti ada sebab, kenapa sesuatu perkara tu terjadi. Dan kedua-duanya pun salah.

Apa-apa pun, jagalah bahasa anda, hormatilah suami anda. Janganlah dikeluarkan bahasa yang mungkin akan memakan diri anda sendiri.

You Might Also Like

2 comments

  1. Hmmm ... Kena saling hormat menghormati ... Jantina bayi adalah ketentuan Ilahi ... Sama amacam ajal maut jodoh pertemuan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..bagi mereka yang redha dengan setiap ketentuan, pasti akan faham pasal perkara ni..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email