Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS. ~ Ceritaejoy Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS. - Ceritaejoy

Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS.

12:05 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS|Aku ada ubah sedikit setting dekat blog ceritaejoy sekejap tadi. Kebiasaannya, bila aku nak ping entry blog, aku akan copy url kat blog aku dan paste kan pada ruang url blog. Tapi kali ni, laman tempat biasa aku ping tu, tak detect blog aku. Bila aku ubah semula setting dekat blog, baru boleh. Siasat punya siasat, baru aku perasan. Ada perubahan pada HTTP yang biasa aku gunakan. Ada “S” dekat belakang HTTP tersebut. Apakah maksud nya? Jom kita tengok Beza Http Dengan Https.

Mungkin ada yang tak nak ambil kisah pun dengan perkara ni. Kata mereka, ianya tak memberi makna apa-apa. Persoalan sekarang, apakah benar ianya tidak membawa apa-apa makna? Jika benar, kenapa perlu ada tambahan “S” tu? Sebelum kita belajar dengan lebih lanjut, ayuh kita pelajari singkatan daripada Maksud Http ini. Ianya membawa maksud HyperText Transport Protocol.


Itu bahasa kamus bagi HTTP. Bagi memudahkan pemahaman, ianya membawa maksud protocol yang mengandungi bahasa yang dipahami diantara webserver dan klien (web browser di pc). Tak faham juga? Jika masih kurang faham, silalah rajinkan diri anda bertanyakan hal ini kepada pakcik google ya.

Orait. Berbalik semula kepada Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS. Apakah maksud “S” dekat belakang tu? Ianya membawa maksud Secure atau dalam bahasa melayunya selamat. Kenapa perlu ada “S”? Bila kita berjumpa dengan mana-mana website dengan url HTTPS, ini membawa maksud, website tersebut telah pun dikawal dari sebarang pencerobohan ataupun hackers.

Sebagai contoh, jika kita memasuki website bank-bank di malaysia, pasti kita akan berjumpa dengan url HTTPS . ini adalah kerana, laman website tersebut “di jaga” daripada diceroboh oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab samada ingin melakukan rompakan wang secara online mahupun ingin mencuri data pemilik-pemilik akaun.

Jadi, adalah di ingatkan untuk sentiasa melihat kepada url sebelum memberi apa-apa maklumat peribadi mahupun no kad kredit. Jangan hanya kerana kita malas untuk tahu dan belajar mengenai Perbezaan di antara HTTP dengan HTTPS, kita boleh rugi besar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Blogger Malaysia