Mungkin mereka juga fikirkan perkara yang sama. - ceritaejoy

Mungkin mereka juga fikirkan perkara yang sama.

9:58 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mungkin mereka juga fikirkan perkara yang sama|Awal pagi tadi, aku terbaca status seorang teman di laman sosial facebook. Kalau zaman dahulu, kita nak cari madah berhelah, madah-madah cinta atau ayat-ayat manis, kita perlu rujuk buku-buku lama. Tapi sekarang, kita on facebook, confirm kita boleh jumpa dengan ayat-ayat manis atau “Ayat Pickup Line”.

Ya! Zaman sekarang, semuanya dihujung jari. Asalkan ada wang “untuk on internet”, semua benda kita boleh akses. Sama macam Ayat Pickup Line tadi tu. Bukan setakat orang dewasa atau pelajar menengah. Adik-adik kecil pun dah pandai guna ayat-ayat macam tu tau. Teringat aku, ada perkongsian di laman sosial, bagaimana pelajar berumur 9 tahun guna ayat pickup line untuk tackle “pasangan”nya.

Hamboi! Aku bukan nak kata apa lah. Masih bersekolah, apa sahaja yang mereka fikirkan? Keseronokan? Apa mereka ingat, hubungan kekeluargaan itu sama halnya dengan kerja sekolah yang mereka perlu siapkan setiap hari? Dunia kekeluargaan ini adalah 1 dunia yang sangat mencabar! Ianya bukan 1 dunia permainan atau percubaan.

Cukuplah setakat itu. ini kalau aku huraikan lagi, mahu jadi 1000 patah perkataan nanti. Baiklah berbalik semula pada ceritaejoy berkenaan Mungkin mereka juga fikirkan perkara yang sama. Seorang teman aku ni, berkongsikan ayat yang lebih kurang maksud nya seperti ini:

“jika seseorang itu pergi, ini bermakna dia bukanlah yang terbaik buat kita. Ini adalah kerana, kita berdoa kepada Allah, supaya dikurniakan seseorang yang terbaik buat kita”.

Dalam erti kata lainnya, jika seseorang itu datang dan pergi dalam kehidupan kita. Ini bermakna mereka bukanlah calon terbaik untuk kita. Dan aku, aku suka dengan frasa kata seperti ini. Aku tidak melihat ianya sebagai 1 kesilapan ayat. Namun aku melihat, jika ianya bertentangan dengan maksud nya.

Macam ni, rakan aku mengeluarkan ayat seperti itu. Aku terfikir juga, Mungkin mereka juga fikirkan perkara yang sama. Betul tak? Yelah, kita rasa, kita berdoa agar diberikan yang baik-baik sahaja. Mungkin juga mereka berdoa perkara yang sama. Minta diberikan yang terbaik. Dan bila kita pergi, ini bermakna kita bukanlah yang terbaik buat mereka. Betul tak?

Sama halnya, jika kita merasakan seseorang itu tidak bagus atau sebagainya. Mungkin juga mereka merasakan hal yang sama. Betul tak? Kalau kita rasa kita yang terbaik berbanding orang lain. Mungkin orang lain rasa, mereka adalah lebih baik daripada kita. Yang sebenarnya, apa pun kita rasa, yang sebenarnya dirasakan oleh orang lain juga.

Pada aku mudah je. Jangan hanya melihat sesuatu perpisahan itu sesuatu yang negative. Cuba untuk melihat ianya dari sudut yang positif. Macam mana? Mudah je. Selalu berfikiran seperti ini:

“ Jika seseorang itu pergi, walaupun kita memberikan rasa kasih dan sayang kita sepenuhnya pada mereka. Dan mungkin juga kita merasakan mereka adalah calon hidup yang terbaik buat kita. Kita Cuma perlu ingat, kehidupan di dunia ini sudah pun ditetapkan. Mereka mungkin teman terbaik untuk kita. Tetapi tidak baik bila menjadi teman hidup. Ada manusia yang mampu menjadi rakan paling baik, tetapi tidak mampu memberikan yang terbaik bila menjadi pasangan hidup”.


Bila kita semua berfikiran seperti itu, pasti akan ada perasaan harmoni di antara manusia. Tak usahlah hanya asyik menyalahkan orang lain. Setiap manusia adalah yang terbaik. Kerana asal nya manusia adalah daripada sang pencipta. Belum ada manusia yang mampu menjadikan manusia. Oleh yang demikian, sentiasa bersyukur seadanya kerana diberikan pengalaman hidup oleh yang maha esa. Ya!

Dan sekarang, bolehkah aku minta tolong kawan-kawan semua untuk complete kan survey mengenai "Perancangan hari keluarga" yang terbaik. Jawapan kalian semua, sedikit sebanyak membantu di dalam pengurusan hari keluarga yang akan datang. terima kasih ya!

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email