Mengenai Film Ada Apa Dengan Cinta 2. - ceritaejoy

Mengenai Film Ada Apa Dengan Cinta 2.

10:02 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Mengenai Film Ada Apa Dengan Cinta 2|Tahniah dari aku buat krew film ini kerana berjaya membuatkan aku kembali ke panggung setelah bertahun lamanya aku tak tengok wayang. Ternyata, ianya sangat berbaloi kepada aku. Persoalan mengenai cinta yang bertahun lamanya, kini sudah terjawab. Dan hari ini, aku cuba untuk kongsikan Ada Apa Dengan Cinta 2 Movie Review.

Sejujurnya, aku kurang jelas dengan permulaan Film Ada Apa Dengan Cinta 2. Part mereka duduk di kerusi beramai-ramai tu. Tetapi ianya tidak mengganggu perhatian aku kerana kelibat senyuman cinta ada di situ. Hehe. Yang aku kenal, nah! Mamet! Hahaha. waktu film ada apa dengan cinta, mamet ni kena buli je. Kemudian kemunculan karmen. Aku sendiri kurang pasti apa yang dah terjadi pada karmen.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Aku nonton wayang di Lfs Cinema Mahkota Parade Melaka. Untuk permulaan Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ni, tiada subtitle! Ini sememangnya boleh merosakkan mood aku untuk menonton! Bukan semua bahasa yang digunakan mudah untuk dipahami! Dan aku cuba untuk faham setiap apa yang dikatakan oleh mereka melalui bahasa tubuh. Adoi!


Permulaan Ada Apa Dengan Cinta 2 Movie Review ini menjadi lebih seronok bila Lokasi Syuting Ada Apa Dengan Cinta 2 beralih ke Yogyakarta! Hebat! Sungguh aku suka dengan suasana muka bumi di sana. Cantik! Cantik juga alam semulajadi nya. Aku suka part villa yang cinta dan rakan-rakannya tinggal tu. Indonesia sememangnya terkenal dengan lokasi percutian seperti ini kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orait. Cinta buat keputusan untuk bercuti bersama karmen, Maura dan milly di Yogyakarta. Kemana alia? Sewaktu film ada apa dengan cinta, kan mereka berlima kan? Orait, dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2, watak alia tidak ada! Ada 1 babak, mereka berkata-kata pada alia, namun bukan lah alia, tetapi di lokasi kuburan. Aku kurang jelas kenapa alia meninggal. Tetapi dalam film ini, watak alia tidak ada ya.

Sewaktu bercuti di Yogyakarta, rangga juga berada di sana. Adakah secara kebetulan? Tidak! Sewaktu berada di new York, adik rangga datang berjumpa dengan rangga. Ahha! Watak yang tidak ada sewaktu film ada apa dengan cinta. Puas aku cuba mengingat balik, siapa dia ni? Sebab dalam film yang pertama, Cuma ada rangga dan ayahnya sahaja kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Selepas di pujuk oleh adik perempuannya, rangga akhirnya akur dan pulang ke Yogyakarta. Dan dalam masa yang sama cinta juga datang bercuti ke sana. Ahha! Menarik bukan? Aku, malah ramai yang mengakui, Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ini banyak diserikan oleh milly. Hahaha. Memang tergelak je tengok keletah milly.

Bagaimana cinta dan rangga berjumpa di Yogyakarta? Ceritanya sewaktu karmen dan milly ke sebuah kedai. Waktu itu rangga lalu di luar dan karmen terlihat rangga. Kemudiannya mereka mengekori rangga hingga ke rumah tumpangan rangga. Mulanya mereka ingin merahsiakan perkara ini daripada cinta. Tetapi setelah didesak oleh karmen, akhirnya cinta ingin juga berjumpa dengan rangga.

Sebelum aku lupa, aku ada tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 Trailer sebelum aku nonton. Jadi aku konfius, kenapa ada part di dalam trailer tersebut yang tidak ada di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ni? Ke memang macam tu? Trailer dengan filem tak sama? Atau aku tengok trailer yang tak official? Atau? Atau? Atau? Hahaha.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Baik! Setelah setuju untuk berjumpa, cinta meluahkan rasa marahnya pada rangga. Yelah, ditinggalkan tanpa jawapan yang pasti untuk berbelas tahun lamanya. Namun, rangga punya caranya yang sendiri. Aku suka dengan cara rangga menerangkan segalanya. Bukan secara duduk dan bercakap, tetapi secara berjalan-jalan. Sambil jalan sambil cakap. Best kan?

Film ada apa dengan cinta ini tidak menarik jika tanpa puisi. Kan? Ramai yang mengenal film ini sebagai film yang penuh dengan puisi puitis. Orait. Rangga mengambil masa yang lama untuk menerangkan kepada cinta permasalahan yang sebenar. Dan mereka juga sempat bergaduh sewaktu perjumpaan itu. Hai, kejap baik, kejap gaduh.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mulanya mereka Cuma ingin berjumpa setengah hari sahaja. Namun, hehehe, rangga ni pandai la, mereka berjumpa selama 1 hari! Ya! 1 hari! Oleh kerana rangga mahir dengan kawasan sekitar Yogyakarta, maka di bawanya cinta ke lokasi-lokasi menarik di sana. Cinta sememangnya suka dengan keadaan semulajadi.

Ada 1 babak dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2,babak bermain boneka! Adoi. Sungguh seram rupa boneka tu pada aku. kalaulah malam-malam aku terjumpa dengan boneka semacam itu, adoi, tak tahu lah nak kata apa. Boneka itu dimainkan tanpa suara. Ini bermakna, ceritanya adalah berdasarkan pergerakan tubuh boneka tersebut. Ala, kalau kita tengok, kita boleh faham dengan apa yang ingin disampaikan.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kan aku ada cakap mengenai lokasi penggambaran ada apa dengan cinta 2 yang menarik, baiklah ada 1 babak, cinta dan rangga panjat sebuah banggunan tinggi untuk melihat fajar pagi. Indah pemandangan nya! Lepas daripada nonton Film Ada Apa Dengan Cinta 2, aku terus cari, lokasi penggambaran ini. Nama lokasi ini adalah Rumah Doa Bukit Rhema ataupun gereja ayam di bukit Dusun Gombong, Desa Kembanglimus.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Selepas itu, ada 1 babak di klinik kopi. Hahaha. Nak minum kopi? Nah, dengerin cerita nya dulu. Aiks. Dah tercakap Indonesia pula. Hahaha. Rangga baru je nak keluar, dah kena tahan dengan si pembuat kopi. Dengar dulu cerita kopi ini. cinta? Cinta gelak je dekat luar. Hahaha.

Di sinilah, babak permulaan kepada rangga di dalam usaha mengambil semula hati cinta. Oh ya! sebelum aku terlupa, dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2, cinta sudahpun bertunang ya. lupa pula nama tunang cinta dalam film ini. Dekat sini aku belajar sesuatu. Hadiah tidak semestinya mahal ataupun berkotak, kerana hadiah rangga cumalah sekeping kertas dengan tulisan puisi khas buat cinta.

Rangga meminta cinta untuk membacanya apabila berada bukan di hadapan rangga. Ahha! Aku memang tertanya-tanya, apa yang rangga tulis ni? Dan sudah pasti ianya puisi kan? Selepas segala-galanya selesai di Yogyakarta, Cinta dan rakan-rakannya habis bercuti tetapi rangga masih lagi tinggal di Yogyakarta untuk mencari ibunya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Aku suka dengan usaha rangga di dalam mendapatkan kembali hati cinta. Rangga tidak membiarkan sahaja ianya berlalu tanpa ada jawapan yang pasti. Rangga kembali berjumpa dengan cinta untuk bertanya kan kembali perasaan sebenar cinta kepada rangga. Ternyata, cinta masih berbelah bagi, apakah perasaan nya benar kepada tunangnya ataupun kepada rangga.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Ayat puisi yang di hadiahkan rangga di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ini sememangnya membukakan terus hati cinta untuk kembali menerima rangga. Selepas bertanyakan kembali perasaan cinta kepada rangga, ternyata cinta masih ego untuk mengatakan perkataan ya! kepada soalan itu.

Rangga kembali ke new York! Dan sewaktu itu, cinta kembali sedar, bahawa rangga adalah orang yang sebenar-benarnya untuk dirinya. Dia kembali mencari rangga. Jika di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta, cinta sempat mengejar rangga di airpot, tetapi tidak di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2. Ini adalah kerana, cinta hampir-hampir mengalami kemalangan sewaktu ingin mengejar rangga di airport.

Namun, cinta kembali ke new York untuk memberitahu isi hatinya yang sebenar! Di sinilah happy endingnya bila cinta menerima cinta rangga. Dan kedua-kedua mereka kembali bercinta! Aduh! Seronok sungguh melihat pasangan ini kembali menerima antara 1 sama lain. Memang best ending Film Ada Apa Dengan Cinta 2  ni.

Owh ya, nak tahu apakah puisi yang berjaya merubah hati cinta dan kembali untuk menerima rangga? Ini puisinya..


“ Resah di dadamu, dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini. Di pisah kata-kata. Begitu pula rindu. Lihat tanda tanya itu. Jurang antara kebodohan dan keinginanku. Memilikimu sekali lagi”

You Might Also Like

10 comments

  1. tak ingat dah cerita ada apa dengan cinta 1..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish..saya ingat sebab tak silap saya, film ada apa dengan cinta tu, sy nonton lebih daripada 18 kali..wahahaha..tapi tengok vcd jelah..dan itu satu-satunya cd yang saya beli original.

      Padam
  2. Balasan
    1. senyumankah itu? saya tak tahu nak balas apa..balas dengan senyuman jugalah yer..hehehe..:)

      Padam
  3. Tak pernah tengok buat wife ada ajak tengok wayangnya. Aku kata, "tengoklah macam mana".

    Kahkahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..macam saya lain..saya ajak wife tengok..pastu dia cakap, film apa tu? saya cakap, ikut je. awak tidur pun takpe dalam wayang tu..hahahaha..

      Padam
  4. ok bro, awek baju hitam pakai skirt tuh memang cun, sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka lagi yang baju putih tu..hehehehe

      Padam
  5. peminat kental AADC rupanya

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email