Maksud Error 502 Bad Gateway. - ceritaejoy

Maksud Error 502 Bad Gateway.

4:58 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Maksud Error 502 Bad Gateway|Arghh! Tiba-tiba je keluar masalah error 502 ni. Nak bukak blog langsung tak boleh, lagi kan pulak nak update post kan? Apa maksud error 502 ni? Dan kenapa tiba-tiba muncul je masalah ni? Dah ada masalah, bagaimana cara betulkan error 502 ni? Adoi! Macam-macam persoalan timbul.

Bagi seorang blogger, internet adalah masalah paling utama bagi mereka. Tetapi kalau ada internet, tapi tak boleh buka dan update blog pun, 1 masalah besar jugak. Betul tak? Bagi mereka yang tidak memahami, error 502 bermaksud:

-   Masalah yang berpunca daripada kelemahan komunikasi IP dan ianya juga mungkin berpunca daripada Web server yang ingin kita lawati.  Sebelum menganalisis masalah ini, kita perlu membersihkan “cache” pelayar kita sepenuhnya terlebih dahulu


-   Jika kita sedang melayari laman Web dan melihat masalah ini untuk semua laman web yang kita cuba lawat, maka sama ada:

1) ISP anda mempunyai kegagalan peralatan / beban utama
2) Ada sesuatu yang salah dengan sambungan Internet dalaman kita, contohnya firewall kita tidak berfungsi dengan betul.

-   Jika kita melihat masalah ini hanya pada beberapa laman web yang kita cuba untuk lawat maka ianya mungkin menjadi satu masalah di laman-laman tersebut iaitu salah satu bahagian peralatan gagal / muatan. Hubungi orang-orang di laman tersebut.

Cara untuk mengatasi error 502 bad gateway.


Cara yang paling mudah adalah dengan membersihkan “cache” pada computer kita. Dan jika ianya masih juga berada di dalam keadaan sama, yakni bermaksud Error 502 Bad Gateway, cuba untuk mengenal pasti adakah ianya berpunca daripada laman web tertentu. Jika tidak, kita boleh emailkan pada pihak google berkenaan masalah ini.


Namun, bagi aku, tiada perkara yang paling mudah daripada bersabar bagi tempoh yang diberikan kerana ianya akan pulih seperti sedia kala. Melihat kepada pesatnya dunia blog kini, tidak hairan lah kenapa “server” pun boleh jammed. Jadi, bila kita berhadapan dengan masalah Error 502 Bad Gateway, aku nasihatkan, kita tunggu saja sehingga semuanya pulih. Senang kan? Hehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email