• Breaking News

    11 Mei 2016

    Mahalnya baju orang perempuan!

    http://ceritaejoy.blogspot.my/

    Mahalnya baju orang perempuan!|Aku memang selalu bermasalah bila masuk bab pemilihan pakaian bagi kaum perempuan. Berbeza dengan kaum lelaki, kami lebih gemar memilih sesuatu yang familiar dan selesa untuk dipakai. Ambil, tengok sikit, terus bayar. Kalau orang perempuan? Adalah lebih baik, kaum lelaki tunggu di kerusi urut! Hahaha.

    Ceritaejoy macam ni, aku baru sahaja menang Giveaway FV oleh Mieza Suhaini. Hip hip hooray!! Hehe. Lama sebenarnya tak menang giveaway ni. Ala, aku pun bukan selalu menang pun. Selalunya, target aku join giveaway adalah kerana nak support rakan-rakan blogger dan dalam masa yang sama, untuk tambah rakan blogger baru.

    Ok. Hadiah yang aku dapat adalah baucar bernilai RM50. Baucar ni boleh tebus di FashionValet. Secara jujurnya, aku tak pernah dengar pun pasal laman web ni. Rasanya, kalau aku tak join giveaway mieza suhaini ni, sampai bila-bila lah aku tak akan tahu pasal laman web shopping online ni. Adoi! Teruknya aku!

    Orait! Berbalik semula pada kisah Mahalnya baju orang perempuan ni. Bila aku masuk dalam laman web tu, alangkah terperanjat nya aku bila tengok harga-harga baju dekat sana. Boleh tahan mahalnya! Lagi pulak yang “cantik” dekat mata wanita. Dekat mata aku ni, semua nampak cantik dan selesa, tapi dekat mata wanita, semuanya di lihat dengan tersangat lah terperinci!

    Patutlah wife aku, kalau bukan laman web online, dia akan habiskan masa terlalu lama mencari apa yang di inginkan. Itu tak kena lah, ini tak kena lah. Kalau aku, bukak laman web zalora tu, senang je boleh dapat apa yang aku nak. Hehehe. Sampai sekarang aku pakai baju yang aku beli dekat zalora tu. Itu pun sebab dapat baucar percuma daripada zalora. Hehe.

    Tak lama lagi, insyaAllah, akan dapat rezeki lebih. Memang tiap-tiap tahun akan ada 1 bulan yang mana akan dapat rezeki lebih. Wife pulak dah mula bisik-bisik. Adoi! Memang kena lepak dekat kerusi urut la lepas ni, sebab? Macam yang aku cakap tadi la, orang perempuan ni, kalau beli belah, buat sikit-sikit masa di ambil. Silap-silap 1 hari pun tak cukup. Adoi!!

    [BUSINESS] How To Pick The Best Business Credit Card: 4 Important Things You Should Look Out For

    2 ulasan:

    1. hahahhaha..macam tu laperempuan

      BalasPadam
      Balasan
      1. itulah..dulu macam tak faham..sekarang dah faham sangat dah..hehe

        Padam

    Popular Post

    Blogger Malaysia