Kl Banjir Kilat! Ya Allah, ampunkan dosa kami! - ceritaejoy

Kl Banjir Kilat! Ya Allah, ampunkan dosa kami!

9:22 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kl Banjir Kilat! Ya Allah, ampunkan dosa kami!| Semalam kita dikejutkan dengan berita Kl Banjir. Banyak juga tersebar gambar-gambar di laman sosial. Melihat kepada keadaan di dalam gambar tersebut, ternyata banjir kali ini bukan biasa-biasa. Kalau sebelum ini, Negara kita berhadapan dengan Cuaca Panas El Nino, tapi sekarang, kita berhadapan dengan Banjir Kilat dan ribut petir.

Walaubagaimanapun, aku tertarik dengan ayat seorang rakan di facebook. Katanya, kalau Kuala Lumpur Banjir Kilat, di pantai timur sana cuaca kering hingga sungai pun kering airnya. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah petunjuk dari yang maha esa.

Kenapa di turunkan cuaca panas yang berpanjangan dan kemudian diberikan hujan yang lebat sehingga boleh menjadi banjir? Semuanya ada petunjuk dari yang maha esa. Apakah sudah terlalu banyak dosa-dosa manusia di atas muka bumi ini?

Dunia sudah terlalu tua. Dah terlalu banyak kerosakan di muka bumi ini. Terlalu banyak “kemurkaan” yang terjadi. Usahlah di tambah lagi. Adalah sangat baik jika kita semua bersama-sama kembalikan kesejahteraan ke atas muka bumi Allah ini. Aku tahu, aku sekadar berkata-kata, tetapi jika semua berfikiran semacam itu, insyaAllah, semua nya akan menjadi mudah.


Ok Lah, jom tengok beberapa gambar Kuala Lumpur Banjir Kilat semalam. 

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

http://ceritaejoy.blogspot.my/

You Might Also Like

6 comments

  1. subhnallah..takutnya..kesian kat mereka yang tengah stuck tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..kalaulah dalam kereta itu ada family or anak ada kecil..tak tahu camana perasaan dia waktu tu..hmm

      Padam
  2. Ya Allah, teruknya banjir kilat nie.

    BalasPadam
  3. Eh bila punya ni. Tak pernah pulk dgar berita mcam ni . Terjadinya dekat KL

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email