Kisah Warden Asrama Lelaki pukul pelajar. - ceritaejoy

Kisah Warden Asrama Lelaki pukul pelajar.

1:42 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kisah Warden Asrama Lelaki pukul pelajar|Bila terbaca kisah yang tengah viral ni, terus aku teringatkan kisah aku sewaktu di sekolah asrama dulu. Istimewanya sekolah aku ni, sekolah di bawah seliaan kementerian pendidikan manakala asrama pula di bawah seliaan kementerian pertahanan. Ha, faham tak? Ini bermakna, asrama aku, warden nya terdiri daripada tentera. Pernah dengar Asrama Putra Angkatan Tentera? Ha, disitulah aku berada selama 3 tahun.

Haip! Kantoi Hisap Rokok? Adoi. Aku tak hisap rokok, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila. Tapi aku tersangat faham bagaimana perasaannya kalau kantoi hisap rokok dengan warden ni. Macam nyawa di hujung tanduk! Rasa macam darah dekat muka tu hilang! Macam mana aku tahu? Sebab aku tanya member-member aku yang pernah kantoi tu. Hahaha.


Bayangkan. Tentera! Mereka tu dilatih bukan lembut-lembut oi. Bukan calang-calang. Alangkan warden asrama sekolah biasa pun dah garang, inikan warden tentera? Mampos! Hahaha. keluar bahasa kesat aku dekat situ. Tapi kan, aku suka dengan cara tentera. Mereka tak sentuh pun kau. Paling kuat mereka akan jerit dekat telinga kau sama macam mereka jerit dekat padang kawad tu.

Berbeza dengan Kisah Warden Asrama Lelaki pukul pelajar tu, warden tentera ni tak sentuh orang, tapi mereka psycho otak kau. Macam dera secara mental la. Dia panggil semua baris. Tak kisah la jam berapa pun. Kalau time tidur, kau bangunlah cepat-cepat. Berbaris dekat court badminton. Lepas tu dia bercakap. Kalau terus dapat orang yang hisap rokok, dia fokus dekat orang tu, kalau tak dapat, dia buat sampai orang mengaku. Wahaha.

Lepas dah dapat, macam-macam dia buat. Macam-macam jenis “exercise” kena buat. Hahaha. Tapi kan, semua tu bagus tuk badan juga tau. Baru aku tau kenapa banyak askar yang badan mereka sado-sado. Hahaha. Tapi tu semua kenangan buat aku la. Nanti bila anak aku dah besar, mesti aku cerita dekat dia. Nak masukkan dia dalam sekolah tu? Hmm, kena fikir dulu. Hehe.


Haip! Berbalik kepada kisah pelajar Kantoi Hisap Rokok ni. Silapnya adalah, warden tersebut melakukan perbuatan yang menyentuh pelajar tersebut. Dalam erti kata lainnya, hukuman berbentuk kekerasan. Kemudian, ianya di datangkan dengan bukti video. Ini menguatkan lagi dakwaan ke atas warden tersebut. Apapun, kita biarkan pihak polis melakukan siasatan lanjut. Kita janganlah melakukan sesuatu yang melampaui batas undang-undang. Takut nanti kita juga akan di dakwa. Ya.

  • Warden Asrama Lelaki
  • Asrama Putra Angkatan Tentera
  • Kantoi Hisap Rokok
  • Warden Asrama

You Might Also Like

2 comments

  1. ini sekolah elsa. elsa dekat sekolah tu tahun 2012-2013. dan pengalaman hidup dalam asrama dengan pelbagai kisah yang jadi pada aspura memang elsa rindu hahaha. tapi memang terkejut bila tengok video nie yang sedihnya tak cam cikgu yang mana hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..ye ker? saya tahun 1999~2003...sy senior tau..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email