Jangan cepat berpuas hati dengan sesuatu. - ceritaejoy

Jangan cepat berpuas hati dengan sesuatu.

7:06 PTG


Jangan cepat berpuas hati dengan sesuatu|Ini adalah masalah terbesar bagi diri aku dan mungkin sesetengah daripada anda semua. Jenis yang cepat berpuas hati dengan sesuatu perkara, tapi menyesal di kemudian hari. Aku beri contoh, beli kasut, pakai sekejap, kemudian, ok bang, saya beli. Tapi bila balik rumah, kita pakai balik dengan pakaian yang lain, dah mula nampak ada benda yang tak kena. Dah mula timbul rasa menyesal, kenapalah aku tak check awal-awal tadi.

Benda macam ni selalu jadi kat aku. Nampak tak aku cakap selalu jadi kat aku? Tapi kenapa sampai sekarang ianya masih jadi? Sebab aku tak pernah nak ambil berat pasal tu. Jenis aku, sekali tengok. Owh, ok, cantik, terus beli *kalau tengah ada duit la*. Lepas dah beli, dok belek-belek kasut aku tu, adoi, nak pakai dengan apa kasut ni. Aku cerita pasal kasut sebab sampai sekarang aku simpan je kasut tu.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Korang nak tau aku beli kasut apa? Ni ha : Adidas Y-3 Qasa High Triple Black. Aku suka design kasut ni sebab nampak macam kasut ninja! Lepas tu unik! Waktu nak order kasut ni, punya lah aku bersemangat tunggu 2 minggu. Tapi bila dah sampai, aku jadi pelik sekejap. Nak dress macam mana dengan kasut ni? Macam pelik la pulak!

Lepas dah tak tahu nak dress dengan apa, aku simpan je kasut tu dalam kotak. Seingat aku, baru sekali aku pakai kasut ni. Waktu tu aku di hantar bekerja ke luar Negara. Ha, time tu aku pakai. Sekali tu jelah, lepas tu, ke dalam kotak la diamnya. Wife aku memang dah bising-bising. Sebab memang jenis aku macam tu, beli, tapi jarang pakai. Simpan je.

Yang sebenarnya, jadi kepuasan pada aku bila dapat beli sesuatu. Lagi-lagi kalau barang tu pelik. Tapi bila dah meningkat usia ni, macam dah tak berminat pulak. Macam minat jenis-jenis yang formal pulak! Kalau dulu suka pakai jeans mahal tapi koyak! Tak ke pelik, beli dekat butik, harga ratus-ratus, tapi seluar koyak kat lutut lah, kat punggung lah! Adoi!


Sekarang lain. Sekarang suka pakai yang kemas je. Kalau boleh, nak keluar pakai kemeja je. Adoi. Apakah faktor usia telah mengubah kehidupan aku? Apakah aku sudah semakin tua? Apakah aku dah kurang minat pada apa yang aku minat selama ini? apakah? Apakah? Adoi!

Tapi kan, ada suatu benda, yang kalau aku beli, aku tak akan pernah rasa menyesal sampai bila-bila. Malah! Malah aku memang teringin sangat nak benda tu. Mungkin ada daripada kalangan anda semua yang inginkan benda ni. Mana tahu ada rezeki aku nak dapat benda ni <Mimpi jadi kenyataan kalau semua dari kita dapat benda ni>.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email