Istimewanya bulan May. - ceritaejoy

Istimewanya bulan May.

9:01 PG

https://ceritaejoy.blogspot.my/

Istimewanya bulan May|Alhamdulilah, syukur,masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini. Juga diberikan kesihatan yang baik untuk terus menerus update blog ceritaejoy ini. Al-maklumlah, kita bukan Blogger Sepenuh Masa, kita Cuma part time blogger yang mengisi masa lapang dengan menulis di blog. Belum lagi menjadikan blog sebagai sumber kewangan.

Ok. Cukup mukadimah setakat itu. Apa yang Istimewanya bulan May pada diri aku? Banyak, ya banyak yang istimewanya bulan ini kepada aku. Namun, aku tidaklah sentiasa tertunggu-tunggu bulan ini untuk hadir di dalam kehidupan aku. Kerana apa? Kerana aku tidak di ajar untuk sentiasa meraikannya.


Baiklah. May adalah bulan kelahiranku. Ya. aku dilahirkan pada bulan may, ini bermakna aku berbintang Taurus. Siapa bintang Taurus? Yes, kita geng. Hehe. Dulunya, aku cukup suka baca Horoskop Zodiak Taurus. Dan terus terang juga aku katakan, aku sangat mempercayai setiap apa yang tertulis. Dah macam baca nasib pun ada.

Namun, di atas peningkatan usia, aku dah tak percaya pada semua tu. Yelah, itu Cuma firasat manusia sahaja. Kalau benar ianya terjadi sekalipun, ia hanyalah kebetulan sahaja. Allah lah yang mengaturkan setiap kejadian di muka bumi ini. Jadinya, kita sebagai makhluk Allah yang beragama islam, haruslah percaya pada setiap ketentuan Allah dan bukan percaya pada kata-kata manusia.

Ok. Bulan may juga adalah bulan di mana aku disatukan sebagai suami isteri. Kenapa mesti bulan may? Kenapa tidak april ke, jun ke, december ke? Kan? Kenapa mesti may? Jawapannya adalah kerana, ianya sudah ketetapan ilahi. Allah kan sebaik-baik pengatur acara. Pasti punya sebab tersendiri kenapa aku disatukan di dalam bulan may.

Jadinya, bulan may adalah sesuatu yang istimewa pada aku. Tetapi, tetapi aku tidak pernah menyambutnya. Ya! Sepanjang hidupku, aku Cuma membiarkan tarikh-tarikh istimewa ini berlalu dalam hidup aku. Bila sampai masanya, aku Cuma tersenyum dan mengucapkan syukur. Tanpa ada sambutan atau makan-makan, kek segala.

Sama halnya dengan sambutan ulang tahun perkahwinan. Syukur aku dikurniakan 2 orang anak. Dan usia perkahwinan kami kini hampir 4 tahun. Dan sepanjang itulah, aku tak pernah sambut. Wife sahaja yang rajin ingatkan aku. Ada juga wife ajak untuk sambut, tapi aku malas. Hahaha. Bukanlah aku kata aku tak ingat, tapi pada aku, tiada kepentingannya disitu. Cukup sekadar mengucapkan syukur.

Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada diri masing-masing. Tidak ada salahnya pun kalau nak sambut. Sendiri punya masa, sendiri punya wang. Cuma pada aku, aku tidak di ajar untuk sambut setiap tarikh-tarikh penting ini. Dari aku kecil, sehinggalah aku dewasa, aku tak pernah sambut. Mungkin aku sudah biasa di ajar dari kecil. Cumanya, mungkin aku akan ubah pada anak-anak aku nanti. insyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email