Google Adsense Hosted Account untuk dijual. - ceritaejoy

Google Adsense Hosted Account untuk dijual.

9:42 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Google Adsense Hosted Account untuk dijual|Bagi mereka yang pernah cuba untuk apply google adsense, pasti tahu betapa susahnya nak dapatkan akaun adsense ni. Tetapi, walaupun susah, masih ramai yang berusaha nak dapatkan akaun ini, semuanya kerana nak Buat Duit Dengan Adsense. Aku sendiri, dengan blog ceritaejoy telah “di reject” sebanyak 8 kali! Arghh!

Jap! Korang faham tak apa yang aku nak cerita dekat atas tu? Sebab aku baca banyak kali, aku jadi pusing. Hahaha. Tak kisahlah. Hari ini aku bukan nak cerita pasal Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense tapi cerita mengenai tawaran seseorang. Yang berminat untuk beli Google Adsense Hosted Account aku tu.

Secara jujurnya, aku masih belum berjaya Buat Duit Dengan Adsense ini. Bila aku kaji balik, apa yang aku jumpa adalah, blog ceritaejoy masih belum kuat dan kukuh. Ianya mungkin dari segi Traffic Blogspot yang lemah dan keyword yang tak kuat. 

Semuanya memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan untuk buat duit dengan google adsense ni. Namun, aku masih belum berputus asa di dalam usaha aku untuk berjaya dengan google adsense.

Tetapi, semalam, aku mendapat tawaran daripada seseorang. Yang berminat untuk membeli akaun google adsense aku tu. Seingat aku, aku belum pernah mengiklankan dekat mana-mana mengenai Google Adsense Hosted Account untuk dijual ni. Jangan tak tahu ya, yang sebenarnya, banyak orang yang ingin menjual akaun mereka.

Aku pernah lihat dalam 1 page di facebook. Ada seorang rakan yang ingin menjual akaun adsense nya dengan harga yang sangat tinggi! Jumlahnya 4 angka juga! Wow! Aku sendiri terfikir, kalaulah dia ingin jualkan akaun adsense nya dengan jumlah semacam itu, sudah pasti lah dia dah berjaya Jana Pendapatan Dengan Google Adsense. Betul tak?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tapi itu dia, aku? Google Adsense Hosted Account dah lama lulus. Berbulan juga lah, tapi dalam akaun baru ada USD1.24. Macam mana tu? Adoi! Ikutkan hati, memang sedikit kecewa, dan bila dapat tawaran macam tu, memang ada rasa macam nak jual je. Tapi, macam yang aku cakap, bukan mudah nak dapatkan akaun adsense ni. 8 kali aku di reject! 8 kali!

Hmm. Aku fikir, adalah baiknya jika aku tolak tawaran tersebut. Lebih baik aku teruskan berusaha. Sebab aku dah berusaha untuk dapatkan akaun ni, jadi aku perlu teruskan usaha untuk Jana Pendapatan Dengan Google Adsense. Aku tak boleh mengalah macam tu je. Bila ada usaha, Allah pasti tolong. InsyaAllah. Dan mengenai Google Adsense Hosted Account untuk dijual tu, aku rasa, tak jadilah nak jual. Hehe.


  • Akaun Google Adsense
  • Buat Duit Dengan Adsense
  • Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense
  • Google Adsense Hosted Account
  • Jana Pendapatan Dengan Google Adsense

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email